“16 tahun saya hidup, tk pernah raya dgn mak, ayah,”- Luahan Ank Ini Undang Sebak Netizen

Kehil4ngan insan tersayang pastinya menjadi peristiwa yang sukar dilupakan apatah lagi apabila ibu dan bapa kandung telah dijemput Ilahi ketika kita masih muda.

Kejadian ini turut dilalui oleh Rahman,16, apabila dia telah kehilangan ibu bapanya sejak kecil lagi dan langsung tidak sempat merasa asuhan serta kasih sayang daripada keluarga kandung.

Kisah remaja tersebut dikongsikan oleh pemilik akauan TikTok @myfundation dan telah tular di media sosial baru-baru ini.

“Siapa sangka disebalik perwatakan ceria dan rajin membantu orang lain, rupa-rupanya Rahman ini sedang memendam satu hajat sejak usianya masih kecil lagi,” tulisnya di ruang kapsyen.

Menerusi rakaman yang dimuat naik, Rahman meluahkan perasaannya dengan mengatakan bahawa dirinya sekadar mahu merasakan kasih sayang daripada seorang ibu dan bapa.

“Dah 16 tahun saya hidup, saya tak pernah rasa beraya dengan mak atau ayah saya.

“Daripada kecil apa yang saya nak adalah kasih sayang mak ayah, saya memang terasa semua itu,” ujar Rahman ketika ditanya soalan oleh sukarelawan bertugas.

Namun, walaupun berstatus anak y4tim piatu, Rahman sangat kuat menempuh kehidupannya dan dia akui dirinya reda dengan takdir Allah serta tetap bersyukur dijaga dengan baik oleh penjaganya.

“Allah takdirkan dalam hidup saya dengan ambil dua orang yang bermakna dalam hidup saya, saya reda.

“Mungkin saya tidak ada mak dan ayah, tapi saya jaga Ummi (penjaga) yang jaga saya, bagi saya makan, minum,” luahnya.

Sementara itu, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai dan rata-ratanya tersentuh dengan luahan Rahman.

“Moga adik Rahman dikurniakan dengan ibu bapa mertua yang baik dan penyayang suatu hari nanti,” tulis Teeneela.

“Pada yang masih mempunyai ibu bapa, jaga dan kasihlah mereka sepenuh hati, saya pun sejak 12 tahun ibu ayah meninggal dunia sebab kem4langan, sangat s3dih sebab tak mampu nak bermanja lama dengan mereka,” luah Aliah Sarah pula.

KOMEN NETIZEN:

“Moga adik rahman dikurniakan dengan ibubapa mertua yg baik, penyayang..”

“Tp masih lagi luar sana. Ada mak ayah still l4wan cakap mak ayah 🥺”

“Allahhuakbar rupanya aku kurang bersyukur lagi”

Sumber: KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.