329 Anugerah – Siti Nurhaliza Trsenarai Top 100 Most Awarded Musician Of All-Time , Celine Dion Pun Kalah

Nama penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza trending di Twitter apabila senarai Top 100 Most Awarded Musician of All-Time bersama barisan selebriti antarabangsa seperti Michael Jackson, Beyonce dan BTS.

Menerusi akaun Twitter sumber utama perkembangan pemuzik antarabangsa iaitu The Artist Museum, Siti Nurhaliza menduduki tempat ke-27 dengan jumlah 329 anugerah yang diterima sepanjang berada dalam industri seni.

Kedudukan itu juga mengalahkan barisan penyanyi terkenal antaranya Justin Timberlake, Usher, Nicky Minaj, Katy Pery, Celine Dion, Selena Gomez, Bruno Mars, Alicia Keys, Christina Aguilera dan kumpulan K-pop terkenal Super Junior serta TWICE.

Foto: IG

Rata-rata netizen melahirkan rasa teruja dan berbangga dengan pencapaian hebat penyanyi nombor satu Malaysia itu dengan jumlah anugerah yang mengalahkan beberapa selebriti terkenal dunia.

“Tahniah Siti Nurhaliza. Sentiasa menjadi penyanyi nombor satu dan satu-satunya penyanyi saya. Tolong, jangan berhenti menyanyi. Kami masih perlukan anda dalam industri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Wow tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dahsyat betul boleh masuk dalam senarai ni.

“Hanya satu-satunya artis Malaysia yang mewakili bersama bintang terkemuka yang lain. Syabas DS Siti Nurhaliza!

“Wow ada Siti Nurhaliza dan kedudukannya di atas Celine Dion,” antara komen netizen yang berbangga dengan pencapaian itu.

Untuk rekod, Siti Nurhaliza adalah artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah sehinggakan rekod beliau telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001 dan kekal pemegang rekod sehingga kini.

Sehingga kini, penyanyi berusia 43 tahun itu telah menerima dan memenangi lebih dari 300 anugerah tempatan dan antarabangsa.

Penyanyi lagu 7 Nasihat itu adalah pemegang beberapa rekod untuk pelbagai anugerah dan penghargaan.

Antaranya 42 anugerah di Anugerah Industri Muzik, 25 anugerah di Anugerah Bintang Popular, 28 anugerah di Anugerah Planet Muzik, 20 anugerah di Anugerah Juara Lagu, empat di Anugerah MTV Asia, tiga di World Music Awards, dua di Anugerah Musik Indonesia dan pemegang dua rekod dalam Malaysia Book of Records. -CARI

Sumber: mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.