4 Tahun Mencuba, Akhirnya Mona Allen Hᾰmil Lepas Minum Air Kelapa Bakar Ustaz

Empat tahun kahwin, Pekin dan Mona Allen bakal menimang cahaya mata pertama.

Usia kandungan Mona dah mencecah enam bulan dan sebelum ini dia bertindak merahsiakannya kerana belum tiba masa sesuai.

Foto: IG

“Alhamdulillah… kandungan dah masuk enam bulan. Sebenarnya kami bukanlah sor.ok atau merahsiakan kehamilan. Tapi sekadar tak umum saja.

“Ikutkan ada saja video atau gambar yang memperlihatkan ‘baby bump’. Cuma kami memilih untuk umum selepas kandungan dah kuat dalam enam atau tujuh bulan.

“Rancang nak umum masa kandungan cecah tujuh bulan tapi sebabkan ramai yang dah bertanya sebab dah viral, jadi kami umum saja,” katanya kepada mStar Online.

Kata Mona sebelum ini dia dan Pekin dah melakukan pelbagai rawatan untuk cuba hamil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mona Allen🌙 (@mona.allen)

“Sebenarnya saya dan suami ada berubat dengan seorang ustaz menggunakan kaedah perubatan Islam untuk ikhtiar hamil.

“Kebetulan ada shooting di Melaka, kawan pun beri cadangan untuk jumpa ustaz di sana. Alhamdulillah, dalam ikhtiar untuk dapatkan anak saya hamil selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa.

“Sebelum ini, kami ada juga buat pemeriksaan doktor dan doktor beritahu saya dan suami tiada masalah kesihatan lain. Itu yang ambil keputusan untuk cuba perubatan Islam pula.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words)

Pekin yang alami alahan macam mual, muntah dan mengidam.

“Saya tak ada alami alahan sepanjang hamil ini tapi Pekin pula kena tempias alahan. Masa bulan pertama itu, dia mual, muntah dan mengidam macam-macam.

“Sekarang pun, ada masa dia rasa mual-mual juga. Tapi tak selalu. Saya ada baca dekat online, katanya kalau lelaki yang kena alahan maksudnya dia suami penyayang.”

Mona dan Pekin berkahwin pada 7 Disember 2018.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.