“Ada ketika, saya sangat risau…” – Kongsi Tip ‘Speech Delay’, Tasha Manshahar Lega Anak Dah Mula Bercakap

Penyanyi Tasha Mashahar meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Muammar Rafiqi yang kini berusia tiga tahun sudah boleh menyebut dan menggabungkan beberapa perkataan.

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi itu mengambil langkah dengan mengurangkan penggunaan gajet di rumah selepas berdepan dengan situasi anak sulungnya mengalami masalah percakapan atau ‘speech delay’.

Menurut Tasha, keputusan untuk melebihkan komunikasi bersama anak lelakinya itu dibuat selepas berbincang dengan suaminya yang juga seorang penyanyi, Raqib Majib.

“Ada ketika, saya sangat risau sebab Muammar belum sebut apa-apa perkataan. Kalau ikutkan, Muammar kira lambat juga bercakap. Pernah ketika pemeriksaan ketika dia berusia setahun enam bulan, doktor tanya perkataan apa saja dia dah sebut.

“Jadi saya berbincang dengan Raqib, kemudian kami ambil keputusan untuk bagi masa sampai dia dua tahun. Jadi daIam tempoh itu kami kurangkan gajet and banyakkan berkomunikasi dengannya.

“Alhamdulillah, masa umur dua tahun dah mula ada perkataan bermakna. Kami sambung lagi usaha dan seingat saya masa dia nak masuk dua tahun enam bulan, dia dah boleh gabung dua hingga tiga perkataan.

“Lambat sikit kan? Tapi ada perkembangan. Bulan ini dah nak masuk tiga tahun, dah boleh buat ayat lengkap dan boleh buat kawan borak,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @tashamanshahar

Selain itu, pelontar lagu Terima Kasih Cinta itu turut menjelaskan dia pernah terlintas untuk menurut nasihat doktor membawa anaknya itu bertemu dengan pakar terapi.

Namun, selepas hasil perbincangan, mereka berhasrat menunggu sehingga Muammar mencecah usia dua tahun.

Sementara itu, Tasha juga sempat berkongsi beberapa tip lain dan usahanya untuk menangani masalah ‘speech delay’ menerusi perkongsiannya di Instagram.

Tasha dan Raqib telah mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018. Selain Muammar, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki, Mateen Rizqi yang kini berusia tujuh bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber:https://www.xtra.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.