“Ada Tawaran Dari Orang Tengah,Tapi..” – Kenapa Noraniza Idris Tolak Gelaran Datuk?

Noraniza Idris tak sedia nak terima gelaran Datuk.

Katanya dia akan seboleh-bolehnya menolak sekiranya ada pihak yang tampil menganugerahkan gelaran Datuk kepadanya.

Foto: IG

“Ada tawaran dari orang tengah. Tapi saya tolak. Saya tak bersedia, memang tak boleh.

“Saya bukanlah orang yang betul-betul berjaya. Kalau besar sumbangan saya, tidak mengapa.

“Saya segan nak pikul gelaran itu. Saya bukan jutawan yang mampu tolong orang lain. Jadi, tak payah susah-susah,” katanya kepada Utusan Online.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris)

Sementara itu Noraniza kini sedang membuat persediaan untuk konsertnya, Malai Solo Oktober depan.

“Mesyuarat sudah dibuat. Kru produksi juga sudah ada. Senarai lagu pun sama. Cuma akan dipilih semula oleh pengarah muzik.

“Saya nak buat yang terbaik. Ini adalah konsert terakhir saya. Ia melibatkan kos yang sangat tinggi.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris)

Noraniza juga menjaga stamina dan perlu menurunkan berat badan untuk beraksi.

“Anak-anak tawarkan RM10,000 dengan syarat saya kurangkan berat sebanyak 20 kilogram (kg).

“Tempoh mereka berikan sehingga September. Saya boleh buat. Satu bulan hilang lima kg, boleh.”

pa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber: CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.