Adik Benjy Dedah Sifat Benjy  Yg Ramai Tk Tahu, Tpi Pesanan Akhir Benjy Bt Adiknya Bikin Rmai Sebᾰk

11 pagi, 11 Julai 2021. Tarikh perginya permata seni, Khaeryll Benjamin Ibrahim menemui pencipta. Ar.wah tinggalkan banyak kenangan dan jasa untuk dunia seni, ketika hayatnya.

Bagi adik beradik kesayangan Benjy, kenangan bersama ar.wah disimpan kemas. Lebih-lebih ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Elza Irdalynna, menjelang syawal, yang paling dikenang adalah rendang istimewa ar.wah.

“Sewaktu mama, Azean Irdawaty masih hidup, setiap kali hari raya, kami anjurkan rumah terbuka. Tugas kami di dapur atau bersihkan rumah. Benjy dan mama akan masak.

“Antara kami bertiga, Benjy paling pandai (masak). Tentulah, kami akan kata mama masak paling sedap. Tetapi, ar.wah sendiri akui, Benjy masak lebih sedap.

“Ketika remaja, kami akan hasilkan sajian khas pada hari raya. Benjy pandai masak rendang. Kalau dia masak, jangan masuk da.pur. Kami masak, boleh pula dia ka.cau,” ceritanya.

Cerita Inessa lagi, dia masih ingat pengalaman raya terakhir bersama ar.wah Benjy.

Katanya meskipun bapa mereka merancang untuk tidak merayakan, dia dan benjy, senyap-senyap membuat persediaan kerana mereka percaya, ar.wah ibu mahu hari raya disambut meskipun tanpa adanya dia bersama.

“Kami tahu mama mahu kami raikan. Jadi saya senyap-senyap tempah lemang dan so.rok di dapur.

“Pada malam menjelang raya, ketika abah tidur, saya siapkan semua. Kemas rumah, cuci langsir. Benjy turun temankan saya.

“Dia yang tetak lemang, kemas rumah. Teman saya masa rendang dendeng dan tolong rasa masakan saya. Sampai pukul empat pagi.

“Abah bangun keesokan harinya, sebelum keluar solat hari raya, dia dapati makanan dah tersedia atas meja. Itulah juadah hari raya terakhir kami bersama,” kongsinya.

Benjy berjiwa penyayang
Bagi dua beradik ini, Benjy seorang abang penyayang. Di mata umum, mungkin ada yang memandang ar.wah pada sisi berbeza.

Tetapi pada Inessa dan Elza, arw.ah seorang abang yang sentiasa ada untuk adik-adiknya. Menjaga mereka ketika masih kecil dan sentiasa melunaskan bertanggungjawab sebagai seorang abang.

“Sepanjang kami membesar, kami tak guna khidmat orang gaji. Jadi Benjylah yang akan jaga kami bila mama dan abah kerja. Arwah lepas balik dari sekolah, akan salin lampin, mandi dan masakkan kami yang masih kecil pada ketika itu.

“Semua dia buat. Dari umur dia sembilan tahun sampailah kami dan besar dan boleh jaga diri sendiri. Dia suka menyakat dan hiburkan kami.

“Kata mama, masa Benjy remaja dia tak keluar bermain dengan kawan. Selalu berada di rumah jaga kami,” kata Inessa.

Bagi Elza, antara memori paling diingati adalah sewaktu Benjy membantu mereka berlakon. Katanya, hebatnya seorang Benjy yang mampu mengeluarkan emo.si pelakon lain dengan methodnya sendiri.

“Kenangan saya dengan ar.wah Benjy adalah ketika kami berlakon bersama sekitar 1996 dalam drama siri bertajuk Sayang Anakku Sayang.

“Saya ketika itu berumur sembilan tahun, manakala Inessa pula enam. Kami diminta melakonkan aksi ter.ke.jut dan se.dih.

“Benjy banyak tolong kami. Hanya dengan menyer.gah, dia berjaya keluarkan emosi yang dikehendaki dalam diri kami, yang pada ketika itu hanyalah kanak-kanak,” kongsi Elza.

Jaga diri – Benjy
Disoal tentang perbualan akhir bersama Benjy, bagi Inessa, kata-kata akhir adalah menerusi pesanan WhatsApp seminggu sebelum pemergian ar.wah.

Allah.yarham sempat menyanyikan lagu hari lahir dan menulis kata paling bermakna untuk seorang adik.

“Benjy pergi seminggu selepas hari lahir saya. Dalam rakaman suara terakhirnya untuk saya, dia sempat menyanyikan lagu hari jadi.

“Mesej dia berbunyi, saya sayang awak juga. Itulah yang terakhir. Seminggu selepas itu, dia meninggal dunia,” katanya Inessa yang sehingga hari ini masih menyimpan mesej tersebut.

Bagi Elza pula, Benjy pada pesanan akhir kepadanya, memberi pesanan penting. Mengingatkan dirinya agar kekal kuat dalam berdepan situasi sukar ketika pandemik.

“Dalam mesej terak.hir ar.wah Benjy kepada saya, dia minta saya bertahan. Ketika itu dunia dilanda pand.emi.k, saya secara kewangan juga seperti yang lain, ter.ke.san.

“Saya katakan padanya, saya mungkin tidak dapat lagi menghantar kepadanya wang. Katanya tidak mengapa, dan dia minta saya bertahan.

“Pesanan akhirnya pada saya juga adalah supaya saya jaga diri,” kongsinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.utusan.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.