“Si Aeril Ni Tak Habis-Habis Doa Baby No 5 Choi”-Wawa Zainal Dedah Suami Mahu Anak Ke-5

Seperti sedia maklum pelakon dan usahawan jelita, Wawa Zainal bersama suaminya Aeril Zafrel kini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci. Namun satu perkongsian milik Wawa, mencuri perhatian ramai peminat pasangan selebriti ini di media sosial.

Aeril Mahu Anak Ke-5

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Menerusi muatnaik terkini di Instagram, Wawa mendedahkan suaminya acap kali berdoa mahukan anak kehadiran anak nombor lima dalam keluarga mereka. Pendedahan tersebut dikongsikan menerusi kapsyen ringkasnya.

“Alhamdulillah berkesempatan lagi ke sini terlepas rindu..

Si Aeril ni tak habis-habis doa anak nombor 5 choi.

Semoga kalian ada rezeki ke sini” tulisnya

Foto via Instagram @w4w4_zainal

Peminat Beri Pelbagai Komen Mencuit Hati

Kapsyen yang ditulis Wawa mendapat pelbagai reaksi dan komen dari peminatnya, rata-rata ramai yang mendoakan agar pasangan sama padan ini dikurniakan dengan cahaya mata baru dalam keluarga mereka.

“Aamiinn”

“Ya betul, tolong mengan.dung lagi. Sebab anak-anak keluar semua comel-comel”

“Masin mulut kat situ naya. Semoga dapat umrah yang mabrur Wawa dan Aeril”

“Alamak cepatnya nombor 5 pula”

“Tengok-tengok tahun depan keluar lagi 1” komen mereka

Foto via Instagram @w4w4_zainal

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan empat orang cahaya mata yang comel, Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Aya Soffya dan Muhammad Fahri.

Sumber: Muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.