Afieq Shazwan Beli Kereta, Tak Mewah Tapi Selesa Untuk Ibu

Tak perlu kereta mewah, cukup untuk keselesaan ibu, itu yang diluahkan penyanyi Afieq Shazwan apabila dia berjaya membeli sebuah kereta jenis Honda Civic RS.

Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 24, berkata, sudah lama menyimpan impian membeli kereta baharu daripada hasil titik peluhnya sebagai penyanyi.

Menganggap semua orang mempunyai kereta idaman, Afieq berkata dia hanya memilih kenderaan mengikut kesesuaian imej dirinya.

Foto: IG

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)

“Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki saya dan ibu. Saya memang dah lama simpan hasrat untuk beli kereta baru. Ikutkan memang boleh saja pakai kereta yang selalu saya guna.

“Tapi memikirkan untuk keselesaan ibu dan kegunaan ibu, saya rasa dah tiba masa untuk beli kereta baru. Sekurang-kurangnya kereta saya sebelum ini ibu boleh guna untuk pergi pasar.

“Semua orang mempunyai impian untuk miliki kereta mewah tapi bagi saya, ini sudah mencukupi. Sesuai dengan imej dan penampilan saya,” katanya kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)


Sebelum ini, penyanyi lagu Layu Di Hujung Mekar itu berkongsi foto bersama ibu dan kereta baharu yang dianggarkan berharga RM125,000.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram miliknya dan turut memuat beberapa keping gambar di samping ibu tercinta.

Dalam pada itu, Afieq turut meluahkan rasa teruja apabila dapat membawa ibunya berjalan-jalan di Cameron Highland dengan menaiki kereta baharunya itu.

“Sebaik saja ambil kereta baru semalam, saya terus ajak ibu berjalan-jalan di Cameron Highland. Kami pun tinggal berdua saja, kebetulan ada masa cuti boleh la bawa dia bercuti.

“Kesian juga dia duduk rumah saja. Saya pun selalu ada kerja dekat luar. Jadi, ada masa ini saya bawa la dia berjalan-jalan dengan menaiki kereta baru,” ujarnya.-

Sumber: mStar Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.