“Ya Allah.. Makcik yang n4ngis tengok..” – [VIDEO] Anak Menangis Penuh Em0si, Sekali Sampai Wawa Zainal Turut Seb4k

Di mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi, itulah peribahasa yang sesuai digambarkan tatkala melihat bakat lakonan anak perempuan Wawa dan Aeril, Hayla Magfiraul Adzkiyaa menunjukan kanak-kanak cilik ini juga mewarisi bakat lakonan seperti kedua ibubapanya.

Tak Sangka Anak Ada Bakat

Klip video pendek yang dimuatnaik di Instagram Wawa menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai ketika ini, ibu kepada empat orang cahaya mata ini juga tidak menyangka bahawa anak perempuannya itu mempunyai bakat sebagai pelakon.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan Wawa juga berasa sebak dan menitiskan air mata tatkala melihat babak menangis Hayla yang penuh emosi semasa penggambaran berlangsung.

Bukan itu saja dalam kapsyen yang ditulis Wawa, krew produksi juga terkejut melihat lakonan Hayla dan mengibaratkan lakonan puteri kesayangannya itu seperti suis.

“Ya Allah tak sangka @haylaadzkiya power betul berlakon air mata ek.

Minta air mata zass terus keluar.. Krew-krew cakap macam ada suis satu hari nanti kau akan terkenal satu Bukit Bintang dik.

Kau orang nak tengok lakonan Hayla tak? Nantikan drama hari raya Hayla nanti.. Mak dia feeling tau” tulis Wawa

VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Peminat Turut Tersentuh

Video yang dikongsikan Wawa ini menarik perhatian orang ramai dan para peminatnya, rata-rata ramai yang meluahkan rasa tersentuh melihat drama air mata Hayla dan kagum dengan bakat lakonan pasangan selebriti ini.

“Ya Allah.. Makcik yang nangis tengok..”

“Berbakat lah Hayla”

“Mesti rajin tengok drama/filem mak dia berlaku dulu-dulu ni” komen mereka

via (IG) Wawa Zainal

“Kita pun ikut nangis”

“Tak sabar nak tengok”

“Sedihnya tengok Hayla” komen mereka lagi

Kunci Rahsia Hayla Menangis Penuh Emosi

Meninjau diruangan komen posting ini, salah seorang pekerja Wawa yang dikenali sebagai Zareen Zainurin berkongsi rahsia bagaimana Hayla mampu berlakon babak air mata penuh emosi.

“Bijak betul. Semalam tanya dia macam mana boleh berlakon menangis. ‘Hayla bayangkan mama tinggalkan Hayla” dedah Zareen

via (IG) Wawa Zainal

Hebat betul Hayla, tak sabar pula nak tengok drama lakonan anak Wawa dan Aeril akan datang nanti.

Sumber : murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.