
Pasangan suami isteri dikenali sebagai Wawa Zainal dan Aeril Zafrel ini sering sahaja mencvri perhatian ramai. Berkerjaya sebagai pelakon dan juga usahawan, kedua-duanya sama cantik dan sepadan.
Dikenali dengan sifat pemurah dan ‘gil4-gil4’ di media sosial, Aeril Zafrel juga turut menerima gelaran sebagai presiden TikTok. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman di balik tabir Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjadi model bagi satu jenama pakaian telah menjadi bualan hangat warganet.
Dalam perkongsian tersebut kelihatan Aeril sedang memotong lemang dan Wawa Zainal pula cuba ‘menghidupkan’ suasana pengambaran dengan berbual bersama suaminya itu. Namun apa yang mencvri perhatian ramai adalah reaksi Aeril tersebut.
Berikut adalah perkongsian rakaman balik tabir Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang telah dimuat naik menerusi satu akaun TikTok dengan nama hijabistahub:
Perkongsian rakaman tersebut telah membuatkan ramai tertawa dan meraih lebih 1.1 juta tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai pasangan ini di ruangan komen seperti berikut:
“Hahaha suara Wawa macam orang cina baru pandai cakap melayu. Mantap suami wawa”
“Kalau aku Arel tu aku jawab benda sama. Hahaha”
“Saya dengan suami macam ni la manja manja tapi macam bestie kalau sembang. Baru bahagia”
“Bila kau tak pernah nampak laki kau potong lemang be like”
Sumber:HCL