“Aku dah agak, memang..”- Isυ dikatakan biɑdap, sekali Rosyam Nor tampil cerita perkara sebenar…

 

“Itu semua gurauan terancang. Apa yang berlaku antara saya dan Shuib, semuanya telah ada dalam skrip.”

Demikian getus pelakon yang juga penerbit tersohor, Datuk Rosyam Nor berhubung dakwaan beraksi tidak sensitif, bertanyakan keinginan pelawak Shuib mencari pengganti Allahyarham Siti Sarah.

“Saya ingin mengatakan apa yang dilontarkan dan kemudian dipertontonkan kepada masyarakat pada malam itu adalah satu gur.auan yang telah dirancang bersama Shuib.

“Shuib tahu apa yang ingin saya tanyakan dan dia juga bersedia untuk membalas pertanyaan saya dalam cara yang tidak terlalu formal.

“Jadi itu bukanlah sesuatu yang tidak sensitif atau saya cuba menja.tuhkan m.aruah Shuib dengan bertanyakan soalan sedemikian,” ujar Rosyam sewaktu ditemui di Pejabat Suhan Movies Sdn. Bhd. di Setiawangsa, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Jelas pemilik nama lengkap Mohamed Noor Shamsuddin itu lagi, pada pertemuan bersama media siang tadi, hubungan baik dengan Shuib sedikit pun tidak terjejas usai sama-sama melunaskan tanggungjawab sebagai penyampai anugerah pada acara Anugerah MeleTOP Era 2022 (AME 2022).

“Selepas kami sampaikan anugerah, kami siap melepak dan bergurau di pentas belakang. Memang tiada apa yang perlu digembar-gemburkan tapi biasalah, netizen akan mencari sil.ap untuk dijadikan bahan bualan di media sosial.

“Orang yang kenal saya, tahu saya orangnya macam mana. Bagaimana saya bergurau dan bila waktunya saya serius.

VIDEO:

“Saya bukan anak seni yang bekerja sehari dua dalam industri dan disebabkan itu, saya harap sesiapa yang sebarkan berita yang tidak sepatutnya berdasarkan tanggapan atau pendapat netizen, lebih baik berhenti atau muhasabah diri,” katanya.

Tidak mahu pusing namun pada masa sama bertegas bahawa perlu adanya etika dalam melaporkan sesuatu berita dalam kalangan pengamal media hatta era media sosial sekarang, Rosyam berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sama ada terhadap media, penulis blog ataupun netizen yang memberi implikasi buruk terhadapnya melalui penulisan.

“Mengapa tidak ambil perkara yang bernada posi.tif seperti apa yang saya katakan tentang industri berbanding mengetengahkan perkara yang mudah trending dan mudah menjadi bahan untuk disensasikan,” ujarnya.

Sementara itu, Shuib ketika dihubungi berkata, dia langsung tidak mengambil hati tentang isu yang disensasikan dalam media sosial. Bapa tunggal empat anak itu mengakui amat menghormati Rosyam sebagai seniman senior.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad menjelaskan, sudah lama mengenali Rosyam, iaitu sebelum berkahwin dengan Siti Sarah.

“Yang beliau cakap ‘kau duda terhangat, dah ada pengganti ke?’. Saya sebenarnya kenal beliau dah lama sangat. Sebelum saya kahwin lagi.

“Sebelum saya kahwin, saya pernah berurus niaga, pernah hantar ayam kampung padanya. Itu kali pertama saya jumpa Datuk Rosyam.

“Semasa saya jumpa beliau dan sebelum sampaikan trofi, saya dah berborak dengannya, macam biasa berborak pasal arw.ah. Beliau dengan arwah lagilah, sejak ar.wa.h kecil dah saling mengenali.

“Jadi, saya hanya beranggapan apa yang berlaku hanya satu gurauan daripada seseorang yang saya dah kenal lama. Yang rapat juga dengan saya termasuk arwah. Insya-Allah, saya tiada apa-apa isu pun sebenarnya. Tiada rasa sikit pun. Memang tiada,” ujarnya.

Tambah Shuib, 38, dia sangat menghormati pengasas Suhan Movies & Trading itu dan beliau merupakan idolanya.

“Beliau merupakan idola saya dalam industri dan juga bidang perniagaan. Jadi, insya-Allah tidak timbul isu apa pun.

“Mungkinlah netizen ataupun orang luar beranggapan perkara itu tak berapa sedap didengar di cuping telinga mereka, jadi mereka berhak untuk meluahkan perasaan itu dan kenapa soalan begitu dan sebagainya.

“Jadi, insya-Allah, kalau ada salah silap mohon maaf. Itu sahajalah. Insya-Allah saya sayang betul Rosyam Nor, beliau bagi banyak inspirasi kepada saya,” kata Shuib.

Sumber: KOSMO! ONLINE, yt

Leave a Reply

Your email address will not be published.