“Aku sendiri dlm keadaan yg memerlukan…” – Ini Maksud Sebenar Status Terakhir Adibah Noor

“Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan,”.

Itu antara perkongsian terakhir penyanyi dan pelakon, Allahy4rham Adibah Noor di Twitter pada Isnin lalu.

Begitu pun, penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu, pada ketika itu tidak memaklumkan tentang keadaannya yang mend3rita k4nser Ov4ri tahap empat.

“Maaf, kali ini aku tak dapat tolong. Moga Allah permudahkan urusan mu,” tulisnya.

Arw4h pada masa yang sama sempat membalas komen pengikut dan peminatnya di ruangan tersebut.

“Semoga Allah perkenankan, terima kasih atas doa kamu,” kata Adibah.

Perkongsian itu seakan-akan memberi bayangan bahawa dia akan pergi menemui pencipta petang tadi.

Tweet terakhir allahy4rhamah Adibah Noor…

Al-Fatihah. Semoga r0-hnya dicucuri rahmat

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati komen Sehingga hari ini dibanjiri ucapan t4kziah dan doa buat penyanyi tersebut.

Terdahulu, arw4h sempat menulis ciapan terakhir, mengucapkan salam takziah buat pelakon legenda Hamid Gurkha yang meningg4l dunai Rabu lalu.

Fazley Yaakob terkilan tak sempat tunai permintaan Adibah Noor… Masih ingat ayat ‘I’m not well my dear’ semasa GV8

PERNAH bersaing di pentas program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Datuk Fazley Yaakob antara rakan selebriti yang turut terkesan dengan pemergian Allahy4rham Adibah Noor.

Menurut Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, dia mengetahui Adibah berdepan masalah kesihatan ketika di minggu pertama GV8.

Masih mengingati kata-kata semangat daripada Adibah, Fazley meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat arw4h untuk datang makan di restoran miliknya.

“Ketika minggu pertama GV, saya mengadu pada kak Dib (nama panggilan Adibah), pentas GV terlalu besar untuk saya. Tapi dia beri semangat dan kata dia pun s4kit boleh teruskan.

Fazley sempat melihat jenaz4h buat kali terakhir.

“Saya terkejut dia kata lagi ‘I’m not well my dear’. J4ntung saya jatuh sebab faham apa yang dia cakap. Ada ketika, kami buat satu program, dia kata tak sangka saya dari menyanyi, memasak pula.

“Dia tanya bila kak Dib boleh makan dekat restoran saya sambil lihat saya buat sweet table. Saya dah berjanji nak bawa dia makan selepas GV tapi tak sempat.

“Masa kami ada rakaman lagu raya pun, saya ada tanya dia sebab dah janji nak tengok sweet table, tapi dia kata ‘nanti la saya tak berapa sihat’. Dah nampak dia tak sekuat seperti biasa,” katanya kepada mStar.

Penyanyi berusia 44 tahun itu ditemui ketika menziarahi jenaz4h arwah di sebuah pusat perub4tan di Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Terdahulu, Adibah Noor, 52, disahkan meningg4l dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perub4tan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas.

jenaz4h akan dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Taman Keramat Permai sekitar pukul 10.30 pagi, Ahad.

Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Todd, Allahy4rham sudah lama menghidap k4nser, namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Adibah bersama rakan sepejuangan di GV8.

Dalam pada itu, Fazley memberitahu dia bergegas ke hospital sebaik sahaja mengetahui berita sedih tersebut dan berpeluang untuk melihat jenaz4h buat kali terakhir.

“Saya tahu dia sakit cuma kami yang diberitahu ini tidak berbicara mengenai keadaannya. Saya tak sangka secepat ini. Saya terus bergegas ke h0spital bila dapat tahu.

“Saya berkesempatan naik atas melihat jenaz4h buat kali terakhir di wad arwah. Saya dan kak Dib semakin rapat ketika di GV tapi sebelum itu pun kami dah rapat.

“Saya anggap dia seperti kakak sendiri dalam dunia seni. Ketiadaannya amat berat untuk diterima sebab terlalu mendadak,” ujarnya.

VIDEO :

Sumber : TS

Leave a Reply

Your email address will not be published.