“Alhamdulillah, mesti comel kan?”- Mira Filzah selamat lahir bayi lelaki, tarikh sama pd 9 Syawal

Mira kini bergelar ibu.

PELAKON dan pengacara Mira Filzah selamat melahirkan anak lelaki pertama di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi Selasa.

Berita gembira itu dikongsi oleh suami Mira sendiri iaitu Wan Emir yang memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama seperti Mira mengikut kalendar Islam.

“Setinggi-tinggi kesyukuran isteri syurgaku telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu 9 Syawal bersamaan 10 Mei 2022 pada pukul 3.40 pagi,” ujarnya dalam satu hantaran di Instagram.

Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar juga memaklumkan isteri dan bayi mereka kini dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.

mira filzah 2

Mira dan Emir sambut kelahiran anak pertama pada 9 Syawal.

“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga,” jelasnya.

Untuk rekod Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29 mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada September 2020.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:rimbabara

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sumber: mStar, IG

Leave a Reply

Your email address will not be published.