“Ambil Kad , Pi Lah Enjoy” – Patutlah Murah Rezeki , Johan Tak Kedekut Belanja Isteri

Sebagai seorang suami, pasti kita mempunyai impian mahu  membahagiakan isteri dan anak-anak kita kan? Ada yang sanggup bekerja keras demi keluarga, ada yang sentiasa membantu isteri di rumah dan macam-macam lagi. Semuanya untuk melihat isteri kita tersenyum bahagia.

Namun, kata orang kalau kita selalu belanja keluarga, rezeki kita akan lebih melimpah-ruah.

Sama seperti kisah pasangan selebriti pujaan ramai ini iaitu Johan Raja Lawak dan isterinya, Ozlynn. Untuk pengetahuan semua, Johan tidak kedekut malah selalu belanja isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Baru-baru ini, Ozlynn memuat naik satu posting terbaru di akaun Instagram miliknya dan Johan. Menerusi posting itu, Ozlynn meluahkan rasa gembiranya kerana sering diberi ‘me time’ oleh Johan.

Malah, ketika Ozlynn keluar untuk ‘me time’ dan membeli-belah, Johan yang menjaga semua anak-anaknya tanpa rasa kekok. Nampaknya, Johan sangat bertanggungjawab bukan hanya sebagai seorang suami tapi juga sebagai seorang ayah.

Tambah Ozlynn, Johan juga tidak kedekut dan selalu memberikan kad debitnya untuk Ozlynn berbelanja ketika ‘me time’. Ozlynn juga mengambil kesempatan itu untuk menyatakan rasa syukurnya kerana mempunyai suami sebaik Johan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen memuji sikap Johan dan berkata bahawa rezeki keluarga mereka sentiasa mencurah-curah kerana Johan yang sentiasa ikhlas dan tidak kedekut kepada isteri dan anak-anaknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:   CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.