Anak Mak Sama Cantik, Warisi Kejelitaan Ibu Masing-Masing 4 Anak Selebriti Popular Ini

Kalau dahulu di zaman kegemilangan 4 selebriti popular ini, kejelitaan mereka tiada tandingan. Kini kelihatan anak mak sama cantik dan anak-anak gadis mereka mewarisi kejelitaan masing-masing.

Keempat-empat selebriti yang masih kekal relevan sehingga kini tetap kekal jelita dengan gaya yang tersendiri. Baik Datuk Nora Ariffin, Datuk Ziela Jalil, Datin Seri Noniswara Al Sheikh mahupun Datin Suliza Salam mempunyai aura yang tersendiri.

Kini anak-anak sudah melalui fasa meningkat dewasa dan pandai selebriti ini menjaga kecantikan dan penampilan mereka. Memang anak mak sama cantik dan kelihatan seperti adik-beradik sahaja dengan anak-anak mereka.

1. Datuk Nora Ariffin
Putri Nor Dahlia Johan merupakan anak gadis kepada Datuk Nora Ariffin dan baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-17 pada bulan Disember yang lalu. Putri Dahlia juga baharu sahaja menghabiskan peperiksaan SPM 2021 dan bakal memasuki dunia kolej tak lama lagi. Putri Dahlia mewarisi bakat nyanyian ibunya dan kerap berkongsi klip nyanyiannya di laman media sosialnya.

Anak Mak Sama Cantik, Datuk Nora Ariffin bersama anaknya.
Foto: Instagram @itsnoraariffin
Foto: Instagram @itsnoraariffin
Foto: Instagram @itsnoraariffin

2. Datuk Ziela Jalil
Dr. Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid puteri sulung Datuk Ziela Jalil merupakan seorang doktor. Telah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran Mahmod Fauzi, pada 1 Julai 2018 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya.

Anak Mak Sama Cantik, Datuk Ziela Jalil bersama anaknya.
Foto: Instagram @zielajalil
Foto: Instagram @zielajalil
Foto: Instagram @zielajalil

3. Datin Seri Noniswara Al Sheikh
Nur Erysha Emyra Zakaria baharu sahaja berusia 23 tahun dan merupakan anak kepada Dramatis Datin Seri Noniswara. Mempunyai 62.7 ribu orang pengikut di laman Instagram. Terbukti anak kepada Datin Seri Noniswara beauty with brains bila mendapat keputusan cemerlang, 9A dalam peperiksaan SPM. Anak gadis Datin Seri Noniswara merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki.

Anak Mak Sama Cantik, Datin Seri Noniswara bersama anaknya.
Foto: Instagram @noniswara
Foto: Instagram @noniswara
Foto: Instagram @noniswara

4. Datin Suliza Salam
Kedua-dua anak gadis Datin Suliza Salam bukan sahaja mewarisi kejelitaannya malah turut memiliki ‘mata kucing’ yang menjadi jolokan buat penyanyi ini. Izzati Zainal Nazeri dan Falahi Zainal Nazeri masing-masing cemerlang dalam SPM serta telah melanjutkan pengajian dalam bidang perniagaan dan artitek. Kini masing-masing sudah berkahwin dan bahagia dengan pasangan. Seorang lagi anak lelaki Datin Suliza iaitu Ismail Izzani yang merupakan seorang penyanyi terkenal tanah air.

Anak Mak Sama Cantik, Datin Suliza Salam bersama anaknya.
Foto: Instagram @sulizasalam
Foto: Instagram @sulizasalam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://www.nona.my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.