“Artis adab tinggi bila jumpa ulamak,” – [VIDEO] Ramai puji adab Zul Huzaimy ketika jumpa UAI

Pelakon berbakat, Zul Huzaimy baru ini berkongsi di media sosialnya sebuah klip video pendek di mana di dalam rakaman tersebut menunjukan dia bertemu dengan pendakwah terkenal dan kesayangan ramai iaitu Ustaz Azhar Idrus dalam satu majlis.

Adab Zul Bertemu UAI Dipuji Netizen

Melihat entri yang ditulis aktor berbakat ini, Zul berkongsi rasa syukur kerana berpeluang dapat bertemu ulamak yang sangat disegani ramai itu.

“Alhamdulillah dapat jumpa ustaz yang ku kagum” coretnya

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul huzaimy (@zulhuzaimy_m)

Hantaran pelakon terkenal ini mendapat banyak respon dan komen warganet di Instagram nya, rata-ratanya memuji aktor tersebut sangat beradab ketika berjumpa dengan ulamak.

Bukan itu saja, ada juga warganet yang meluahkan rasa cemburu kerana aktor tersebut berpeluang bertemu dengan ustaz kesayangan ramai itu.

Bertuahnya dapat jumpa Ustaz Azhar Idrus!

Komen netizen:

 

Sumber: Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published.