Asyik Tayang Duit Berkepuk, Sekali Komen Ini Jadi Perhatiaan Netizen

Sebut saja nama Aisar Khaled, pasti ramai mengenali influencer kont.rove+rsi itu. Apa saja kon.ten yang dibuat pemuda itu pasti akan menjadi perhatian ramai.

Malah, sejak kebelakangan ini pemuda itu sering memuat naik konten memaparkan duit berke.puk-ke.puk sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Terbaru, Aisar ada memuat naik video menunjukkan tips untuk menyimpan duit serta cara untuk menjadi jutawan. Menerusi video itu, Aisar menyimpan duit ratusan ringgu mengikut kategori yang disediakan olehnya untuk disimpan.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian netizen apabila akaun rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut meninggalkan komen pada video berkenaan seolah memberi gambaran siasatan bakal dilakukan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mempersoalkan mengenai isu rumah RM1 juta yang dibelinya apabila kecoh di media sosial netizen mendedahkan bahawa ianya adalah rumah sewa sahaja.

Terdahulu, perkongsian personaliti media sosial itu menjadi perhatian ramai apabila berjaya membeli rumah sendiri pada usia 22 tahun. Aisar berkata rumah kondominum mewah berharga RM1 juta yang dibelinya itu terletak di tengah-tengah pusar bandar Kuala Lumpur.

Sumber: rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.