“Awalnya memang berat..” – Isteri Haqiem Rusli Kngsi Pngalaman 8 Bulan Berhijab, Akui Blum Sempurna

Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea berkongsi pengalamannya mula mengenakan hijab sejak lapan bulan yang lalu.

Menurut Sofea atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 20, pada awalnya dia merasa berat untuk kekal istiqamah menutup aurat kerana perasaan serba tak kena.

“Nak cerita sikit boleh, tentang perubahan Fea untuk berhijrah memakai hijab, at first memang berat dan susah sangat sangat Fea untuk istiqomah tutup aurat.

“Alhamdulillah Allah permudahkan dah masuk 8 bulan Fea memakai hijab, mula-mula tu memang rasa serba tak kena,” tulis Sofea.

Sofea berkongsi luahan tersebut di laman sosial Twitter miliknya sebentar tadi.

Jelas anak kelahiran Kelantan ini lagi, dia pernah terfikir untuk membuka tudungnya namun lama-kelamaan dalam keterpaksaan itu bertukar menjadi cinta.

Malah, dia mengaku masih belum sempurna dalam menutup aurat dan memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

“Pernah jugak terasa macam “hm nak buka tudung balik lah” tapi betul lah orang kata bila kita paksa diri kita lama lama kita akan jatuh cinta untuk nak tutup aurat.

But for now memang Fea tak tutup aurat dengan sempurna lagi but semua doakan Fea tau,” ujarnya.

nak cerita sikit boleh,tentang perubahan fea untuk berhijrah memakai hijab,at first memang berat dan susah sangat sangat fea untuk istiqomah tutup aurat,alhamdulillah allah permudahkan dah masuk 8 bulan fea memakai hijab,mula mula tu memang rasa serba tak kena

Merasakan dirinya kini lebih tenang, Sofea turut mengakui dia lebih suka melihat dirinya sendiri memakai tudung berbanding penampilan terdahulu.

“Fea nak bagitahu alhamdulillah now Fea rasa tenang dan cantik je pakai tudung (haha perasan) macam mana nak cakap eh kengkadang lebih suka tengok diri sendiri pakai tudung.

“Dan suka tengok perempuan kat luar sana yang pakai tudung nampak manis je,” tambahnya lagi.

Sekadar info, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 25, berkahwin dengan Sofea dalam sebuah majlis di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.