Bangunkan Aplikasi Gaya Hidup Muslim, Fazura Mahu Kongsi Manfaat Kepada Semua Umat Islam

Pelakon, penyanyi dan usahawan Nur Fazura menjelaskan, pelancaran aplikasi gaya hidup muslim, Mukmin Pro bakal memberi manfaat kepada semua pengguna, khususnya seluruh umat Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

Fazura berkata, pembangunan aplikasi berkenaan dibuat secara teliti memandangkan kandungan dan ciri-ciri yang ada dapat menjadi pelengkap kepada aktiviti harian para pengguna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


“Saya memang suka aplikasi gaya hidup seperti ini. Macam Mizz Nina, dia ada aplikasi Qalby dan saya sendiri pernah tolong promosikan. Kemudian terdetik dalam hati, alangkah bagus kalau saya sendiri ada aplikasi yang boleh beri manfaat kepada semua orang.

“Jadi, apabila pembangun aplikasi Huzaifa datang bertemu saya dan menyatakan hasrat ingin berkolaborasi, saya menjadi teruja. Saya anggap ini adalah hadiah daripada Allah untuk saya.

“Sama seperti mana saya memuji aplikasi Mizz Nina, saya ingin aplikasi ini sama-sama memberi manfaat kepada semua orang,” ujar Fazura kepada Gempak ketika ditemui pada majlis pelancara Mukmin Pro di ibu kota baru-baru ini.

Menyentuh mengenai keistimewaan aplikasi berkenaan, Faz berkata, antara ciri menarik yang perlu dicuba oleh pengguna adalah ciri penentu arah kiblat.

“Kita sering keliru apabila ingin mencari arah kiblat, khususnya apabila ingin solat di luar. Sesetengah aplikasi tidak berapa tepat dalam menunjukkan arah kiblat. Namun, menerusi Mukmin Pro, arah kiblat memang dijamin tepat.

“Selain itu, ciri-ciri seperti fungsi getaran turut dimuatkan bagi memudahkan orang kurang upaya untuk menggunakan aplikasi ini,” katanya lagi.

Selain itu, aplikasi yang menjanjikan keselamatan data ini turut didatangkan dengan kandungan video yang ditapis dan juga kemudahan-kemudahan lain seperti ibadah korban dan infaq makanan.

Aplikasi Mukmin Pro boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store secara percuma.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.