Bella Astillah Lambang Kekuatan Seorang Isteri, Tetap Sokong Suami Saat Susah & Senang

Sememangnya Bella Astillah lambang kekuatan wanita yang bergelar isteri. Malam tadi telah mencipta momen indah dalam diri Bella Astillah apabila melihat suami tercinta menjadi Juara Gegar Vaganza Musim ke-8. Tahniah! Aliff Aziz yang meraih gelaran juara bagi musim ini dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.

Gegar Vaganza musim ini turut menyaksikan Nikki Palikat merangkul gelaran naib juara dan membawa pulang RM50,000 sementara Suki Low pula menduduki tempat ketiga dengan memenangi hadiah wang tunai RM30,000.

Sudah pasti kelibat Aliff Aziz sebagai juara pada malam itu telah mencuri perhatian ramai. Melihat kejayaan yang diraih oleh penyanyi lagu Sayang Sayang ini sudah pasti membayangkan sokongan padu tak berbelah bagi yang telah diberikan oleh isterinya, Bella Astillah.

Walaupun ramai yang tahu pasangan ini pernah diuji dengan kisah rumah tangga mereka namun kesabaran dan sifat pemaaf ibu kepada Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna ini dikagumi oleh wanita lain.

Kesabaran Bella Astillah lambang kekuatan seorang isteri.
Foto: Instagram @bellaastillah
Anak-anak punca Bella Astillah lambang kekuatan seorang ibu.
Foto: Instagram @bellaastillah

Memetik kata-kata Bella ketika ditanya dalam program Live bersama Prof Muhaya baru-baru ini, “Sebenarnya kita sebagai manusia memang susah nak lupa apa yang kita telah maafkan.

Tapi kalau kita memaafkan dengan ikhlas dan kita melalui hari kita dengan ikhlas, insyaallah kita akan rasa lebih tenang dan benda-benda tu dah tak ada dalam hati serta fikiran saya.

Cantiknya Bella Astillah lambang kekuatan seorang isteri.
Foto: Instagram @bellaastillah

Sebab itu mudah untuk saya menjalani hari-hari saya bersama anak-anak dan suami, alhamdulillah,” ucap Bella Astillah lambang kekuatan seorang isteri zaman ini.

Teringat ketika Nona mengatur pertemuan bersama Bella Astillah saat wanita ini sedang menempuh dugaan rumah tangganya dahulu. Ketika itu kekuatan hati seorang wanita yang bergelar isteri ini memang benar-benar terserlah.

Foto: Instagram @bellaastillah

Langsung tiada riak sedih mahupun kecewa yang tergambar di wajahnya. Ekspresi wajah yang terpamer ketika itu hanyalah kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadap anak sulungnya.

“Apa juga yang terjadi dalam hidup ini saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Saya mahu move forward, maju ke depan demi anak dan juga keluarga tercinta.

Foto: Instagram @bellaastillah

Sebagai kakak sulung kepada lima orang adik-beradik saya juga mempunyai tanggung jawab terhadap mereka. Jadi saya tiada masa untuk selfish, bermuram-durja kerana masalah sendiri. Itu menunjukkan bad example kepada adik-adik saya and I need to show very good example to them.

Foto: Instagram @bellaastillah

Bagi saya sebagai seorang wanita atau pun isteri, sokongan keluarga sangat penting. Jika sudah berkahwin jangan sekali-kali membuang keluarga kerana mereka sentiasa akan berada di samping kita saat susah dan senang,” tutur Bella ketika temu bual kami sekitar tahun 2019.

Semoga rumah tangga Bella dan Aliff tidak lagi diuji selepas ini serta terus utuh dan kekal bahagia hingga ke syurga firdaus.

Sumber: nona

Leave a Reply

Your email address will not be published.