Bella Dan Anak Buat Video Trend TikTok, Tapi Lain Pula Yang Netizen Perasan

Isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz dikenali sebagai Bella Astillah ini memiliki personaliti menarik dan tersendiri. Biarpun bergelar seorang isteri dan ibu, namun Bella boleh dikatakan antara wanita yang agak terkenal dengan keperibadiannya.

Malah Bella Astillah juga memiliki bakat berlakon, menyanyi dan sebagai seorang model. Hasil pernikahannya bersama Aliff Aziz mereka dikurniakan dua cahayamata. Mohamad Ayden Adrean nama diberi anak pertama mereka. Si cilik ini baru berusia 4 tahun dan lebih manja dengan nama Ayden.

Bagaimanapun baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Bella Astillah dan anaknya, Ayden buat video trend TikTok telah mencuri perhatian warganet. Dalam video itu mereka perlu menunjukkan isyarat bilangan menggunakan jari mereka.

Jika sama bilangan bermakna mereka miliki ‘chemistry’ yang kuat. Berikut adalah perkongsian rakaman yang memaparkan Bella dan anak buat video trend TikTok ini:

Perkongsian video tersebut telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 34 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video Bella dan anak buat trend TikTok ini di ruangan komen seperti berikut:

“Comel nyaaa. Last tu dia nak buat lagi”

Bella Astillah dan anak 5

“Aww anak and mommy sama instinct”

Bella Astillah dan anak 4

“Bila pejam muka Bella..Bila buka muka Aliff”

Bella Astillah dan anak 3

“Aku geram je dengan budak tu. Asal comel sangat”

Bella Astillah dan anak 2

“Handsome boy sangat dia ni”

Bella Astillah dan anak 1

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.