Beratur Pukul 9 Pagi, Lelaki Kongsi Tutorial Jadi Pembeli Pertama Chef Ammar

Kalau ditanya apa agaknya makanan yang viral semasa bulan Ramadan kali ini, pasti ramai yang akan menyebut tentang nasi arab dari Chef Ammar ini. Penangan masakan ini juga bukan calang-calang apabila ramai yang sanggup beratur berjam-jam lamanya untuk mencuba sendiri masakan tersebut.

Sama macam gelagat seorang lelaki ini yang menunjukkan tutorial menjadi pelanggan pertama di gerai Chef Ammar di bazar Ramadan ini. Malah rata-rata netizen turut sama terkejut apabila mendapat tahu dia beratur seawal jam 9 pagi untuk membelinya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memberitahu dia berjaya menjadi pelanggan pertama untuk gerai nasi arab jualan Chef Ammar itu. Macam yang semua tahu, para pelanggan selalunya dinasihatkan datang lebih awal untuk membeli nasi arab tersebut.

Lelaki ini yang berjaya menjadi pelanggan pertama dilihat hadir di tapak bazar Ramadan yang masih kelihatan kosong itu. Dia turut menunjukkan jam yang baru menunjukkan pukul 9 pagi ketika itu di mana dia berjaya menjadi yang pertama tiba.

pelanggan

Tidak lama kemudian, turut kelihatan para pelanggan yang mula berbaris panjang dan Chef Ammar juga tiba di tapak bazar itu untuk memulakan jualan. Melihatkan kegigihannya ini, ramai pula netizen tidak menyangka ada yang akan mula beratur seawal itu.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian lelaki ini turut menarik perhatian netizen. Malah ada yang berseloroh mungkin juga ada yang perlu mula beratur di situ selepas sahur untuk menjadi pelanggan pertama seperti lelaki ini.

“Wah jam 5 sahur, jam 9 dah beratur untuk beli juadah berbuka.”

chef ammar

“Awal sangat bang.”

nasi arab

“Ok aku nak bawak tilam tidur situ terus lol.”

komen

“Betul betul takda kerja ni bang.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://himpunanceritalawak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.