Betul ke pelitup muka tidak lagi diwajibkan? KJ kata tunggu minggu depan

LEBIH banyak kelonggaran sekatan Cov1d-19 dijangka diumumkan oleh kerajaan minggu depan, menjelang sambutan Aidilfitri.

Difahamkan, pengumuman itu mungkin ada kaitan dengan keperluan pemakaian pelitup muka di Malaysia, terutama selepas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin memberi bayangan bahawa ia tidak lagi diwajibkan selepas Hari Raya, lapor akhbar harian berbahasa Melayu Sinar Harian.

“Saya boleh buka mask kan? Tak apalah, selepas raya pun dah optional (pilihan),” ujarnya sebelum memulakan sidang akhbar Jelajah Agrikomoditi Antarabangsa di kementeriannya di Putrajaya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memb1su mengenai kewajipan pelitup muka ketika ditanya pada pelancaran program mQUIT di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat.

“Tunggu minggu depan,” balasnya ringkas kepada soalan itu.

Pada majlis berasingan di Hosp1tal Putrajaya kemudian, Khairy berkata kerajaan bersedia untuk menghapuskan lebih banyak sek4tan Cov1d-19 memandangkan keadaan pand3mik di negara ini semakin pulih.

Bagaimanapun, beliau menggesa orang ramai supaya tidak leka memandangkan Malaysia masih dalam peralihan kepada fasa end3mik dalam memer4ngi Cov1d-19.

Malaysia mewajibkan pemakaian topeng muka mulai 1 Ogos 2020.

Banyak negara telah menghapuskan keperluan untuk memakai topeng muka di khalayak ramai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.mstar.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.