“BFF Till Jannah” – Siti Nurhaliza Kenang Zaman Duet Bersama Krisdayanti, Ramai Yg Puji

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai TokTi memuat naik video yang menarik perhatian warganet di media sosial beliau.

Mahu Persahabatan Kekal Hingga Syurga

Meninjau perkongsian penyanyi bersuara emas itu, Siti memuatnaik video pendek yang memaparkan kompilasi foto-foto beliau berduet bersama penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti suatu ketika dahulu.

Dalam hantaran tersebut, Siti berkongsi harapan agar persahabatan yang terjalin bersama diva jelita itu akan terus berkekalan sehingga syurga.

“Alhamdulillah… BFF till Jannah” coretnya

Muat naik Siti mendapat reaksi dan komen sahabat baik beliau, Krisdayanti di ruangan komen hantaran tersebut.

“Love I love you” komen Krisdayanti

via Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

Netizen Banjiri Ruangan Komen

Ramai peminat kedua-dua diva terkenal itu membanjiri ruangan komen dan memberi pelbagai respon.

“Diva saya Dato Siti dan sama mimi KD”

“Dua-dua berbakat besar dan diva asia”

“Best legend diva Indonesia dan Malaysia” komen mereka

via Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

“Dua diva”

“Pentas seterusnya bersama @krisdayantilemos dan @ctdk”

“Dua diva yang hebat” komen mereka lagi

Lebih dua dekad Siti dan Krisdayanti menjalin persahabatan, banyak konsert dan jemputan berduet sesama mereka sepanjang berkecimpung dalam industri muzik. Pasti ramai yang rindu nak lihat kedua-dua penyanyi hebat ini berduet bukan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Muraimy

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.