“Biar saya jadi menantu pak cik” – [VIDEO] Rmai Nk Jdi Mnantu Que Haidar dan Linda Jasmine.

“SEKALIpandang macam wajah Rose (Kate Winslet) dalam Titanic,” itu antara pujian yang dihujan peminat buat puteri sulung pelakon Que Haidar, Tengku Ratu Haidar di media sosial.

Meskipun jarang muncul di layar perak atau kaca, Que atau nama sebenar Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, aktif berkongsi perkembangannya di media sosial.

Kali ini suami kepada guru tari, Linda Jasmine itu berkongsi video bersama kedua-dua puterinya dalam persalinan baju raya berwarna hitam sambil miming lagu raya.

Berkongsi di semua platform media sosial, ramai yang memuji kecantikan, Ratu dan juga kecomelan, anak keduanya, Tengku Cleopatra Haidar.

Turut memuji anak-anak Que, pemilik akaun, riniie.anha mengatakan bahawa kecantikan anak jejaka berusia 42 tahun itu sesuai dengan nama mereka.

“Cantiknya Ratu, sesuai sangat dengan nama dia, Chloe sangat comel,” katanya.

komen que 1
Selain itu, ramai juga yang mengatakan bahawa wajah Ratu persis beberapa aktres Hollywood seperti, Kate Winslet dan Catherine Zeta Jones.

“Cantik macam rupa Catherine Zeta Jones pun ada,” tulis seorang peminat, Norazilah Mohd Johar di Tiktok.

Tidak hanya memuji kecantikan anak-anak Que Haidar, ada juga pengguna di media sosial yang menggelarkan diri mereka sebagai menantu.

WhatsApp Image 2022-05-03 at 4.22.47 PM

WhatsApp Image 2022-05-03 at 4.29.52 PM

Seorang pemilik akaun Ron berseloroh di Tiktok dengan mengatakan bahawa dia meminta maaf kepada Que kerana tidak dapat pulang beraya.

“Selamat Hari Raya ayahku Que Haidar, maaf saya (menantumu) tidak dapat pulang beraya,” ujarnya.

Bukan sekadar mengaku menantu, ada juga yang menawarkan diri ingin menjadi suami kepada puteri Que.

“Biar saya jadi menantu pak cik,” tulis pemilik akaun Alan Danial. — Majoriti

Sumber:mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.