
Pasangan selebriti dikenali sebagai Fattah Amin dan Fazura ini sememangnya memiliki barisan peminat mereka yang tersendiri. Sikap mereka yang sungguh mesra dengan peminat dan merendah diri membuatkan kedua-dua selebriti ini dihormati ramai.
Bukan itu sahaja, perubahan gaya berpakaian Fazura juga menjadi contoh kepada peminatnya untuk turut kelihatan sopan seperti pelakon dan usahawan wanita ini. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Fazura sedang berbual telah mencuri perhatian ramai.
Manakan tidak dalam rakaman tersebut turut kelihatan suaminya, Fattah Amin yang nampak sangat tenang menunggu Fazura. Selain itu gaya pakaian dan sandal yang dipakai Fattah Amin turut menjadi buah mulut warganet.
Berikut adalah perkongsian rakaman suami setia tunggu Fazura berbual dengan peminat yang dimuat naik menerusi satu akaun TikTok:
Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 47 ribu likes. Rata-rata warganet yang menyaksikan rakaman suami setia tunggu Fazura berbual dengan peminat ini meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“Betullll… Fazura tu dahlah peramah banyak mulut. Hubby dia tunggu je sampai habis borak dengan fans”
“Allah saya bangga dengan Fazura founder jual macam2 tapi tak de pun marketing pelik2 sampai mintak kecam…Terus terang saya lihat dia dan Fattah tenang je”
“Untung Fattah dapat isteri cantik..Untung Fazura dapat suami hensem..Benarlah kata orang…Kalau dah jodoh tak ke mana”
“Bila seorang wanita jatuh di tangan lelaki yang tepat…360 darjah dia berubah…Alhamdulillah..Hidayah milik Allah”
“Suami yang baik dia akan sentiasa menemani dan memahami”
Sumber: HCL