Cantiknya! Telekung Fazura X Muhayya Dapat Sambutan Hangat

Pelakon dan usahawan selebriti, Fazura menarik perhatian ramai apabilal mengumumkan kolaborasinya bersama pakar motivasi, Datuk Profesor Dr. Che Muhaya Haji Mohamad.

Impian Fazura Tercapai 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Memperkenalkan koleksi telekung Fazura × Muhayya, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu menyifatkan impiannya kini telah tercapai apatah lagi begitu mengagumi Muhaya. Bagi koleksi tersebut ia diperkenalkan bersempena dengan Ramadan dan Syawal akan datang

“Alhamdullillah, syukur ke hadrat llahi kerana termakbulnya hasrat Faz untuk berkolaborasi bersama insan yang Faz kasihi, iaitu Bonda Muhaya untuk koleksi telekung bersama jenama beliau, Muhayya Magical.

“Koleksi Fazura x Muhayya ini menampilkan dua koleksi, Rindu Ramadan dan Sayang Syawal yang terdiri dari pelbagai warna-warna yang menarik sempena bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.” ujar Fazura

Rekaan Ramadan Dan Syawal 

Koleksi Telekung Rindu Ramadan yang didatangkan dengan 8 warna menarik ini menggabungkan rekaan berkualiti yang mudah disarung tanpa perlu mengikat tali di kepala dengan gaya eksklusif, mewah dan menawan. la diperbuat daripada material Dubai fursan yang selesa, sejuk dan tidak jarang dengan kemasan ‘pleated’ di bahagian kain bawah dan hiasan di bahagian badan.

Malah, gaya fesyen ‘minimal’ dengan sentuhan elegan menyerlahkan lagi rekaan telekung ini, terutamanya pada sulaman logo MF yang dihiasi batu kristal Swarovski yang membuatkannya kelihatan eksklusif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Manakala di bahagian belakang telekung pula dihiasi pula dengan rekaan ‘fishtail’ serta kain bawah didatangkan bersama dua poket di sebelah kiri dan kanan untuk memudahkan para Muslimah menyimpan barangan kecil tanpa perlu membawa tas tangan.

Bagi Telekung Sayang Syawal yang diperbuat daripada premium satin bersama kain bawahnya
yang menggunakan material ‘pleated’ Dubai fursan, turut mempunyai dua poket di kiri dan kanan kain dan rekaan ‘fishtail’ di bahagian belakang.

Difahamkan koleksi ini didatangkan dengan 10 warna yang eksklusif dan menurut Fazura harga yang dijual juga adalah pada kadar mampu milik. Sama seperti produk Fazura terdahulu,koleksi Fazura x Muhayya ini  mendapat sambutan yang menggalakkan . Menerusi carian Murai.my terkini,ada diantara koleksi Ramadan tersebut telah habis dijual.

Fazura ditemui Murai.my di majlis pelancaran, ‘Baraqah Jumaat bersama Fazura & Bonda Muhaya’ di Petaling Jaya baru-baru ini.

Sumber: Muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.