“Cinta Sampai Habis Hayat,” – 60 Tahun Hidup Brsama, Cucu Kongsikan Kisah Cinta Atuk dan Arw4h Nenek

Setiap pasangan yang sudah berkahwin mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat. Benar, perkahwinan ini banyak dugaannya. Namun jika kita dan pasangan sama-sama berusaha seiklas hati, 40 tahun berkahwin pun masih bahagia dan kehangatan cinta itu masih boleh dirasai.

Namun, kadang-kala perkahwinan kita diuji dengan perg.olak.an rumahtangga atau lebih te.r.uk lagi, kita kehilangan pasangan kita. Perit rasanya apabila diuji dengan kehilangan apatah lagi jika terlalu banyak memori yang dicipta bersama. Ungkapan reda dan sa.bar juga sangat sukar untuk dite.lan.

Itulah yang kisah yang diceritakan oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Amieyy Amran. Menurut Amieyy, dia baru sahaja ke.hilan.gan neneknya pada 18 Mac yang lalu. Ke.hilan.gan neneknya meni.ngga.kan kes.an yang begitu men.dal.am terhadap dirinya. Namun yang lagi mem.ilukan, datuknya telah ke.hilan.gan seorang isteri setelah hidup bersama selama 60 tahun.

Menurut Amiey, arw.ah nenek dan datuknya tidak pernah be.reng.gang selama 60 tahun berkahwin dan mereka sentiasa bersama tidak kira di waktu susah atau senang. Menerusi video yang dikongsikan kelihatan datuknya kekal disisi neneknya ketika neneknya jatuh sakit dan tidak boleh berjalan. Jelas kasih sayang dan cinta yang terpancar. dari wajah datuk dan neneknya.

Jarang sekali kita dapat melihat pasangan tua yang begitu rapat seperti baru sahaja berkahwin. Betul kata orang, percintaan zaman dahulu sangat berkualiti dibandingkan dengan percintaan zaman sekarang.

Tambah Amiey, dia berjanji kepada arwah neneknya yang dia akan menjaga datuknya dengan baik seperti neneknya menjaga datuknya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat sebak melihat kisah cinta di antara datuk dan nenek lelaki ini. Semoga satu hari kita dipertemukan dengan jodoh yang sentiasa menyayangi kita seperti datuk dan nenek Amiey.

Sumber: CARI

Sumber: Tiktok Amieyy Amran

Leave a Reply

Your email address will not be published.