“Omgggg so cute..”- Akhirnya Shaheizy Sam Dedah Wajah Anak, Pilih Nama Salama Samheizy

SELEPAS dua hari dilahirkan, pelakon Shaheizy Sam berkongsi wajah dan nama anak ketiganya menerusi satu hantaran di media sosial miliknya pada Rabu.

Bayi perempuan seberat 3.05 kilogram yang dilahirkan isterinya Syatilla Melvin secara pembedahan itu diberi nama Salama Samheizy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

“Assalamualaikum… Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam di sini.

“Jadilah yang terbaik wahai duniaku, aku akan menjadi sahabat terbaikmu,” tulis Sam.

Jadilah yang terbaik wahai duniaku, aku akan menjadi sahabat terbaikmu

SHAHIEZY SAM

PELAKON

Syatilla selamat melahirkan bayi perempuan tersebut kira-kira pukul 11 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Sam turut memberitahu Syatilla akan menjalani proses berpantang di Melaka bersama ibunya iaitu pelakon Khaty Fauziah yang kini menetap di sana.

sam 22

Sam dan Syatilla bersama dua anak mereka.

Untuk rekod, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.