“Cuma mungkin sebab..”- Usia 53 Tahun, Kecantikan Maria Farida Bt Ramai Tk Keruan. Sekali Netizen Tanya Rahsia Awet Muda

Datin Seri Maria Farida Atienza adalah salah seorang pelakon di Malaysia yang walaupun sudah berusia 53 tahun namun kelihatan muda daripada umur sebenar malahan kejelitaannya juga masih tetap terserlah.

Memetik laporan Media Hiburan, setiap hari pasti ada saja dari kalangan pengikutnya di media sosial yang mengajukan pertanyaan berkaitan tips untuk menjaga kulit wajah agar tampak muda dan berseri.

Pun begitu, Maria menjelaskan dia tidak tahu bagaimana cara untuk menjawab pertanyaan tersebut kerana dia sendiri tidak mempunyai sebarang penjagaan khusus kerana selama ini dia memilih untuk menjalani hidup tenang dan positif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maria Farida Atienza (@mariafarida)

“Saya tidaklah terlalu menjaga cuma rasa bertuah kerana mungkin memiliki genetik yang baik daripada keluarga. Sejujurnya, saya tak berapa nak ambil apa-apa contohnya produk anti-aging dan sebagainya.

“Cuma mungkin sebab saya tidak merokok dan cuba menjaga kesihatan serta selalu berfikiran positif.  Setiap hari orang tanya sampai saya sendiri pun tak tahu nak jawab macam mana sebenarnya,” kata aktres itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maria Farida Atienza (@mariafarida)

Selebriti yang turut menyertai program The Masked Singer Malaysia Musim kedua itu turut mengatakan dia mungkin mewarisi genetik berkenaan daripada ibunya kerana dia sudah berusia 70 tahun namun kelihatan muda dari usia sebenar.

Untuk rekod, Maria buat kali kedua mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Rahman Shakur pada November 2015 selepas 10 tahun menjanda.

Sumber: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.