“Dah brumur pn still..”- Penampilan Terkini Maria Farida Bikin Netizen ‘Sᾰkit Hati’. Sekali Benda Lain Netizen Prasan

SEPANJANG minggu ini, ramai selebriti tanah air berkongsi pelbagai video dalam Tiktok.

Namun, ada seorang yang menarik perhatian Diva iaitu Datin Maria Farida.

Dalam video tersebut, Maria kelihatan seronok menari dengan memakai busana berwarna hitam. Cantik sungguh!

Jika golongan muda yang tak mengenalinya, pasti ada yang menyangka dia masih anak dara, padahal umurnya telah mencecah 53 tahun.

Komen Netizen Perasan:

Tidak cukup dengan itu, ada pula netizen yang berseloroh rasa sakit hati kerana Maria terlalu lawa.

“Sakit hati pula tengok. Tidak pernah tak lawa!” komen netizen.

“Makan apalah agaknya dia, tak pernah nampak tua, dari dulu sentiasa jelita,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.

Ramai yang ternanti-nanti petua awet muda daripada Maria. Bolehlah kongsi selepas ini sebelum makin ramai sakit hati.

Komen Netizen:

Sumber: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.