Dah Lama Tak Berlakon, Ramai Pertikai Adi Putra Didakw4 Miliki Aset Kekayaan RM21 Juta

Setelah sekian lama tidak muncul dalam dunia lakonan, baru-baru ini timbul dakw4an bahawa Datuk Adi Putra memilik aset kekayaan mencecah AS$5 juta ( RM21 juta )

Jumlah tersebut menjadi persoalan ramai kerana pelakon ini sudah tidak aktif dalam bidang seni dan jarang dapat tawaran.

Namun daripada empunya badan mengatakan bahawa setiap kesenangan yang dimiliki itu hanyalah sekadar pinjaman daridapa Allah SWT.

” Angka itu ditulis oleh orang, dan bukannya daripada diri saya sendiri. Boleh jadi kurang daripada jumlah tersebut ataupun mungkin lebih. ” Ujarnya lagi.

“Apa yang boleh saya kongsikan, pada tahun 2013 saya menubuhkan sebuah syarikat menguruskan ibadah umrah dan haji. Alhamdulillah sehingga sekarang, bila kita permudahkan niat orang, saya percaya Allah akan permudahkan juga urusan kita,” kata Adi kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, aktor asal Singapura itu turut melahirkan rasa syukur atas rezeki kurniakan Allah SWT kepadanya.

“Itu hanya angka. Tidak penting pun. Apa yang penting sekarang hala tuju kita sebagai seorang manusia dan hamba-Nya.

Adi turut mengucapkan terima kasih atas didikan kedua-dua orang tuanya yang mengajarnya membantu sesama masyarakat.

“Untuk menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’, itu bukan tanggungjawab saya kerana saya hanya meminjam daripada ‘Dia’ (Allah) sahaja,” katanya.

“Terima kasih kepada ibu bapa saya atas didikan mereka. Terima kasih kepada khabar angin ini. Alhamdulillah kerana menguar-uarkan. Ada juga penyampaian. Tidak perlu saya sampaikan.

Sekadar inf0, Adi kini menjalankan perniagaan agensi pelancongan ( umrah dan haji ) yang diusahakan sejak tahu 2013 selain daripada aktif dengan pertubuhan amal.

Bagaimanapun menurutnya, dia hanyalah terbabit sebagai individu di belakang tabir syarikat miliknya itu dan bukanlah sebagai individu yang membawa jemaah ke Tanah Suci Mekah.

Sumber: bn4.cari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.