“Dahulu Saya Pernah Hidup Susah, Kerja Penarik Kereta Dengan Kawan2,”- Luahan MK K-Clique

” Muka macam gengsster, lagu nyanyian ganaz.. tetapi dalam hati ada taman.”

” Muka suci dalam hati ada taman, tapi tak sangka kau buat kerja tu MK!”

Itu ungkapan dan gurauan yang dapat menggambarkan sikap sebenar jejaka yang sedang menjadi pematah hati banyak gadis dan peminat wanitanya ketika ini.

Beberapa hari lalu, penyebaran vdeo menunjukkan aksinya jalan berpegangan tangan dengan gadis cantik dipercayai kekasihnya benar-benarnya menghangatkan nama MK K-Clique.

Ketika bercerita perihal cinta dan peribadi, ternyata MK seorang yang sangat berhati-hati dalam percakapan. Masih malu-malu dan tersipu-sipu saat terusik.

ItuIah yang boleh menggambarkan keperibadian penyanyi rap kelahiran Tawau, Sabah itu.

Ibarat jauh panggang dari api sewaktu mempersembahkan lagu-lagu berentak rap ‘underground’, rupa-rupanya sifat pemalu dalam dirinya sangat menebal.

Bgaimanapun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Pulang itu berusaha keras untuk tidak akan sesekali membiarkan sifat malu dalam diri ‘membunvh’ kerjaya nyanyian dan lakonannya.

Dialek Sabah pekat cabaran utama

Berkali-kali dihujani dengan komen kononnya sangat pemalu sepanjang berada di set penggambaran, bahkan pasangannya dalam filem Kayu dan Bunga iaitu Azira Shafinaz turut menyatakan hal sama.

Bersuara mengenai hal tersebut, MK menjelaskan perasaan sebegitu tercetus kerana berasakan diri terlalu ‘kecil’ untuk berhadapan dengan individu yang lebih berjaya dan hebat.

” Sebenarnya malu saya jenis ‘segan’ dengan orang sekeliling terutama yang baru dikenali.

” Saya bukan seorang yang sombong tetapi segan nak bertegur dengan orang lebih berpengalaman,” kata pemilik nama lengkap Muhammad Hairi Amin Hamdan itu kepada HibGlam.

Tambahnya, meskipun seorang pemalu, dia bersyukur kerana dikurniakan ramai individu yang membantu untuk mengikis sifat tersebut.

” Syukur saya sering dikelilingi dengan individu yang hebat, sentiasa beri semangat dan nasihat untuk saya atasi sifat malu yang sangat tebal dalam diri ini.

” Sebenarnya jika saya sudah biasa dengan seseorang, tidak wujud frasa segan dalam kamus hidup.

” Mungkin saya jenis kenal dahulu, kemudian baru mesra,” tutur pelakon The Hotel itu.

Berkongsi mengenai filem Bunga dan Kayu lakonan bersama beberapa pelakon hebat seperti Azira, Kazar dan Zaliff Sidek, aktor tinggi lampai itu memberitahu cabaran utamanya untuk filem tersebut ialah faktor bahasa.

” Jika ditanya, cabaran utama bagi saya ialah faktor bahasa. Dialek Sabah saya masih pekat dan agak terganggu untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar.

” Seboleh-bolehnya saya tidak melihat perkara tersebut sebagai satu cabaran apatah lagi halangan untuk berikan hasil yang terbaik.

” Kalau boleh tak mahu lihatnya seperti cabaran tetapi sebagai proses pembelajaran untuk saya jadi pelakon lebih baik,” ujarnya lagi.

Dilayang pertanyaan tentang populariti yang memuncak, MK menegaskan tidak pernah lupa dengan asal-usul ataupun kehidupan lalu sebelum bergelar selebriti.

Kerja penarik kereta

Katanya, dia tidak malu untuk berkongsi pengalaman pernah bekerja sebagai penarik kereta sementara menunggu tawaran pekerjaan selepas tamat pengajian diploma pada usia 23 tahun.

Katanya, kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan merupakan titik permulaan yang membuatkan dirinya bekerja sebagai penarik kereta selama dua tahun.

” Dahulu saya pernah hidup susah, kerja tarik kereta dengan kawan-kawan selepas tamat diploma. Saya yakin semua pernah alami keadaan ini dan sesuatu yang kita perlu hadapi.

” Sekarang, saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Saya sentiasa beringat dan tidak pernah lupa tempat asal saya mula bertapak,” katanya.

Tidak pernah menyangka dengan populariti yang dikecapi hari ini, dia menjelaskan semuanya berlaku berkat rezeki daripada Tuhan.

” Saya sendiri pun tidak menyangka yang saya boleh menjadi seorang MK seperti hari ini.

” Apa pun, saya sentiasa percaya rezeki hari ini adalah berkat usaha, minat dan kerja yang ikhlas,” tutupnya.

Fakta menarik MK K-Clique yang ramai tak tahu

Di kalangan kesemua anggota kumpulan ini, tidak dinafikan MK antara yang acapkali menerima publisiti di muka media, serta menjadi buah mulut di kalangan peminat, khususnya wanita.

Berikuta adalah biodata dan fakta menarik MK yang ramai tak tahu;

1) Pemilik nama sebenar Muhammad Hairi Amin bin Hamdan sebenarnya dipanggil Hairi dan Mat di kalangan rakan-rakan beliau.

2) Lahir pada 27 Julai 1996, MK adalah anak kelahiran Tawau, Sabah. Kediamannya terletak di Tanjung Batu Tengah, Tawau.

3) Merupakan anak ketujuh daripada lapan orang adik-beradik. Mempunyai enam orang kakak dan seorang adik lelaki. Dua daripadanya telah meninggI dnia.

4) MK dikategorikan sebagai pelajar yang agak pintar kerana mendapat keputusan baik dalam SPM iaitu 5A 3B.

5) Berkelulusan dalam jurusan Pengajian Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kota Kinabalu, Sabah.

6) Menganggotai kumpulan K-Clique yang antara lain disertai tujuh lagi ahli iaitu Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemua mereka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

7) ‘MK’ merupakan singkatan kepada namanya sendiri iaitu Muhammad, manakala K pula merujuk kepada nama ibunya, Kamariah.
MK bersama K-Clique mula bertapak daripada komuniti muzik ‘underground’.

8) Mengidolakan bintang hip hop ternama, kumpulan Too Phat. Mula bergiat serius dalam bidang nyanyian selepas menamatkan pengajian di peringkat universiti.

9) Dahulunya beliau merupakan penggemar sukan futsal dengan turut menubuhkan pasukannya sendiri dinamakan sebagai Whuutt FC.
Mempunyai personaliti yang santai, juga seorang yang pemalu.

10) MK buat pertama kali ‘memperkenalkan’ teman wanitanya apabila dilihat memegang tangan seorang gadis di satu majlis. Malah, nama wanita yang dikenali sebagai Siti Hajar mendapat perhatian dan menjadi cari paling popular di laman Facebook.

Terdapat ntizen mendkwa Siti Hajar seorang yang low profile walaupun ibu bapa dia orang ternama dari Kuantan, Pahang.

Sumber:k0smo dan mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.