“Dlm setahun, dua hari ni akn k0yak”- Pendedahan Sharnaaz Tarik Perhatian Netizen

Esok merupakan hari pertama umat islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Sudah semestinya, waktu berbuka bersama mereka yang tersayang sangat di tunggu-tunggu oleh semua. Namun begitu tidak semua dapat meraikan kedatangan bulan puasa bersama orang yang tersayang

Perkongsian dari Sharnaaz Ahmad ternyata menarik perhatian peminat apabila beliau berkongsi perasaan hidup sebagai duda

Menurut Sharnaaz, hidup sebagai solo sangat relaks kerana tiada tek4nan, tapi ada hanya dua hari ini saja buat dia sedikit sedih

Hari pertama di bulan Ramadhan, dan hari pertama ketika menyambut kedatangan bulan Syawal

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercer4i pada 9 Julai tahun lalu.

Pasangan itu gagal mencari kesepakatan, mahk4mah menerusi Sekksyen 47 (14) dan Sekksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara (hakam) yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

Berikut perkogsian penuh Sharnaaz Ahmad di IG Story milik beliau

“Orang tanya apa macam hidup solo?”

“Jawapan dia sangat rilek takdak tekanan dan penign pala”

“Tapi..Esok akan ada sedikit koy4k lah..dan lagi sebulan lepas tu..”

“Dalam setahun, dua hari ni ja akan koyak. Ok selamat posa esok geng”

Ramadan tahun ini disambut umat Islam dalam keadaan negara mengisytiharkan end3mik selepas lebih dua tahun melalui pand3mik C0vid-19.

Umum mengetahui pelakon Sharnaaz Ahmad kini bergelar duda. Sejak berpisah dengan bekas isteri, usahawan Noor Nabila Mohd Noor dua tahun lalu, kehidupan dram4tis itu kelihatan normal, sama seperti anak seni lain.

Sungguhpun sibuk dengan karier sebagai pelakon dan juga Youtuber, Sharnaaz masih kerap dilihat menghabiskan masa dengan anaknya, Jebat Jayden yang kini sudah pun berusia empat tahun.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga ada berkongsi video momen bersama jebat yang mengudang sayu pengikut beliau

suieyla @Ya Allah sebak pulak tgok video.. Beruntung Jebat Jayden dapat Baba yang penyayang..Teacher doakan Semoga Jebat jadi anak yang soleh yea nakk..Semoga Allah sentiasa eratkan kasih sayang hingga ke syurga..Semoga Jebat sentiasa jadi penghibur hati & anak kebanggaan Baba

nar_mdms @Mamu potng bawang ka? Dgr lagu ni + video kluaq aiq mata ni..

the.pd.house@ Bijaknya Jebat  Semoga jd anak soleh  Doa dari kami di homestay cantik THE PD HOUSE

Walaupun rutin hariannya berjalan seperti biasa, namun, Sharnaaz tetap tidak terlepas dengan gosip cinta. Sejak awal tahun lalu, Sharnaaz dikatakan sedang menjalani hubungan istimewa dengan penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz.

Namun, baik Azira mahupun Sharnaaz, masing-masing tidak mengaku tentang gosip yang bertebaran itu.

Menerusi beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini, Sharnaaz berkata, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa. Cuma, dia masih dalam proses mengenali kerana mahu mencari yang terbaik.

Kata Sharnaaz lagi, yang terbaik itu bukanlah untuk dirinya, tetapi untuk Jebat dan masa depan anaknya.

Walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi, namun reputasinya sebagai pelakon tetap berkembang seiring.

Tidak dinafikan dia merupakan antara aktor yang tidak perlu diragui bakatnya dalam menghidupkan sesebuah karya selagi watak yang diberikan bertepatan.

Berikut sedikit info dan biodata pelakon yang terkenal dengan jolokan ‘pan4s baran’ ini!

Biodata

1. Pemilik nama penuh Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad.

2. Dikenali sebagai Sharnaaz Ahmad

3. Kelahiran George Town, Pulau Pinang pada 30 Ogos 1985.

4. Kini berusia 34 tahun.

5. Anak kepada pasangan Datuk Basir Ahmad (bapa), seorang usahawan di Pulau Pinang dan Datuk Marina Puteh (ibu).

6. Bekas penuntut Kolej Polytech MARA.

7. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009 sebagai pelakon, model dan pengacara.

8. Antara drama dibintanginya seperti Tari Tirana, Dottie, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Suamiku Encik Sotong, Awak Sangat Nakal dan Cinta Bukan Kristal.

9. Termasuk telefilem Dalca Mami Georgetown, Warkah Cinta Mat Rock, Patah Seribu, Perempuan Lindungan Kaabah, Yang Terakhir Untukku, Aku Bukan Bidadari dan banyak lagi.

10. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Seru, Juv4na, Sembunyi: Amukan Azazil, Dollah Superstar, G1la Baby, Dar4h P4nas, Juvana 3: Perhitungan Terakhir dan Sindiket.

11. Antara pencapaiannya yang membanggakan, termasuk pernah merangkul Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–30 pada 2017, selain Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin ke–19 pada 2015.

12. Pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi Shila Amzah dan pelakon Anis Al-Idrus

13. Mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017 sebelum mendapat cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos 2018 iaitu bersamaan dengan tarikh ulangtahun kelahiran Sharnaaz yang ke-33.

kredit: ig sharnaaz ahmad, https://iluminasi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.