“Dari Dulu Lagi Macam Ni , Tak Pernah Berubah Kecuali Pakaian,”- Izara Aishah

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon popular iaitu Izara Aishah? Memang tidak dinafikan bakat Izara sebagai anak seni yang sangat professional dalam kerjayanya. Memang tidak perlu dipertikaikan lagi mengapa Izara menjadi antara pelakon kegemaran ramai.

Walaupun karier Izara dalam dunia seni semakin melonjak naik, namun sikap Izara Aishah yang sangat merendah diri sejak dari dahulu menyebabkan dia sangat disenangi oleh peminatnya.

Apatah lagi jika kita mendengar Izara bercakap, setiap tutur katanya sangat lemah lembut. Hal ini menyebabkan  Izara Aishah sentiasa menjadi perhatian dan ikutan peminat di media sosial terutamanya sejak dia sudah berhijab.

 

Baru-baru ini, ketika Izara Aishah sedang membuat live di Instagram, dia mendapat pertanyaan dari peminat mengenai percakapannya yang lembut.

“Sebelum berhijrah Izara memang cakap lembut jugak ke?”

Izara Aishah menjawab memang sejak kecil lagi dia sudah bercakap sebegini, tiada apa yang berubah tentang dirinya kecuali cara pemakaiannya. Betul-betul lengkap pakej, Izara Aishah sememangnya dilahirkan dengan wajah yang cantik dan sopan-santun.

Semoga Izara Aishah sentiasa kuat dalam penghijrahannya dan berjaya di dunia dan akhirat.

Sumber: -CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.