“Demi menjaga kesihatan” – Neelofa & Haris Ismail Tak Beli Baju Raya Banyak Untuk Bilal

Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat pasangan selebriti popular, PU Riz dan Neelofa kerana dapat meraikan bersama anak tercinta, Muhammad Bilal.

Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa menyatakan dia dan PU Riz atau Haris Ismail, 27, memilih untuk menyambut bulan kemenangan umat Islam secara sederhana di Kuala Lumpur.

Kata Neelofa, 33, dia tidak menyediakan baju raya yang terlalu banyak untuk Bilal memandangkan ada menerima hadiah daripada keluarga.

Untuk Aidilfitri tahun ini hanya sambut dalam keadaan simple saja. Tahun ini, kami beraya di Kuala Lumpur, tak balik kampung sebab semua keluarga ada di sini.

Untuk baju raya anak pun tak ada la beli banyak sangat. Ibu mentua saya pun ada belikan juga untuk Bilal. Hadiah seperti jubah yang dapat pun boleh dipakai.

Jadi, kami beraya memang biasa saja seperti tahun-tahun sebelum ini.

Dalam pada itu, Haris dan Neelofa mengutamakan kesihatan dan keselamatan Bilal sepanjang menyambut hari raya.

Untuk beraya ni memang kami akan fikirkan tentang keselamatan dan kesihatan Bilal sebab dia pernah s4kit dan kita pun s3dih.

Jadi untuk sementara waktu, demi menjaga kesihatan, tidak mahu menyusahkan orang dan orang tidak menyusahkan kita, sama-sama la kita jaga.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki pada 29 Januari lalu.

Sumber: Instagram @neelofa,OH BULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.