
Program pengisian di bulan puasa tahun ini, judul Warong Pak Jabit menjadi bualan hangat warganet. Sebuah karya terakhir Allah.yarham Mamat Khalid, Warong Pak Jabit disiarkan Isnin hingga Jumaat, 6 petang di Astro Ria.
Umum sedia tahu dan faham, karya pengarah terkenal, Mamat Khalid sememangnya cukup santai dan menghiburkan. Namun dalam masa sama ada pengajaran yang ingin disampaikan.
Sama juga dengan konsep program Warong Pak Jabit ini. Ada segmen perkongsian resipi, nasihat dan sebagainya. Malah baru-baru ini babak gang plastik hitam ar.wah Mamat Khalid dan Bell Ngasri menerusi Warong Pak Jabit ini telah mengundang tawa penonton.
Dalam rakaman tersebut kelihatan Bell Ngasri yang cukup sinonim dengan karakter Barkoba dan ar-3.wah Mamat Khalid ‘c.uri-c.uri’ membawa makanan dalam plastik hitam. Mereka berjalan di belakang bangunan secara senyap-senyap.
Namun tiba-tiba ada pula orang buka tingkap sambil menggeliat dan menguap membuatkan mereka ter.ke.jut dan terkaku di situ. Korang saksikan sendiri babak gang plastik hitam yang telah dimuat naik semula di Instagram Bell Ngasri ini:
View this post on Instagram
Memang buat hal betul! Apa-apa pun ramai yang akui terhibur dengan gelagat mereka ini. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:
“Hahaha tak pernah tak best korang”
“Dia buat dahhhh”
“Aku geram betoi nengok deme ni. Kemain gaye memasing”
“Yang menggeliat tu pun satu hal… Time orang nak cari port dia sibuk jugak la nak bukak tingkap”
Sumber: HCL