”Dia Pernah Dtg Kat Paknil Masa Jadi PeIayan” – Kisah Remy Ishak Yang Ramai Tidak Tahu

” Dia contoh terbaik dalam memburu impian”

Itu kata-kata pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi yang mended4hkan bahawa pelakon Remy Ishak pernah datang untuk bertemu dengannya ketika pelakon tersebut bekerja sebagai seorang pelayan di Hotel Mandarin Oriental suatu ketika dahulu.

Mnerusi pendedahan yang dibuat dalam media sosial miliknya, Aznil, 59, berkata, Remy pernah datang berjumpa dengannya ketika dia masih bergelar seorang pelayan hotel dan memberitahu bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon.

” Dia (Remy) pernah datang dekat paknil (panggilannya) masa jadi pelayan di Mandarin Oriental. Remy beritahu dia nak jadi pelakon!

” Sekarang dia adalah seniman terbaik!.

” Paknil tidak akan berhenti cerita Azam (Remy Ishak) sebagai contoh sebenar memburu impian. Tahniah dik!!!” ujar Aznil.

Bekas pengacara rancangan Melodi itu mended4hkan perkara tersebut selepas berkongsi rasa gembira atas kejayaan pelakon Remy menggenggam trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) malam tadi menerusi filem Sangkar.

Filem Sangkar turut membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Zul Ariffin), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Remy Ishak) dan Tatarias Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.

Ujar Aznil lagi, dia tidak akan berhenti daripada bercerita tentang azam pelakon berusia 39 tahun itu untuk dijadikan contoh kepada pelakon lain supaya tidak berhenti daripada memburu impian menjadi pelakon terbaik.

Sementara itu, Remy menerusi sebuah hantaran video yang dihantar kepada Aznil turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada figura itu kerana banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat buat dirinya.

” Paknil, Alhamdulillah Paknil..dapat jugak saya pegang piala dari FFM. Bukan senang, Paknil pun tahu saya bermula dari mana.

” Paknil tahu perjalanan seni saya. Alhamdulillah semalam bila diiktiraf, diberi penghargaan oleh Festival Filem Malaysia (FFM)…paknil tahu perasaan saya macam mana.

” Terima kasih paknil atas doa dan juga kata-kata semangat yang Paknil berikan selama ni, kata-kata yang membuatkan saya selalu nak berusaha ke arah lebih baik..” luah Remy.

Remy lakukan pelbagai kerja termasuk menoreh getah

Sebelum bergelar selebriti terkenal, anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka ini berhempas pulas mencari rezeki dengan melakukan pelbagai kerja berat.

Kerja yang dilakukan termasuklah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan.

Selain itu, dia turut menoreh getah, menjadi kelindan lori, buruh kasar serta membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan. Remy nekad untuk menyara keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah.

Pada tahun 2005, Remy telah menghadiri uji bakat lakonan sebuah filem arahan Osman Ali berjudul “Akuarium Cinta”.

Bagaimanapun, filem itu gagal disiapkan menyebabkan Remy kecewa dan menggugurkan hasratnya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.

Ternyata Osman Ali tidak mensia-siakan bakat Remy apabila dia dipilih untuk membawa watak bekas mat rempit dalam filem “Anak Halal” yang berjaya mencapai kutipan pecah panggung sekaligus mengangkat nama Remy Ishak di mata rakyat Malaysia termasuk para karyawan filem.

Antara filem yang pernah dibintangi Remy sepanjang penglibatannya dalam dunia seni seperti Comolot, Anak Halal, Duhai Si Pari-Pari, Evolusi KL Drift 2, Cun, Nur Kasih The Movie, Jiwa Taiko, 29 Februari, Hantu Kapcai, Pilot Cafe, Redha, Pulang, Rise: Ini Kalilah dan Langsuir.

Remy telah mencetuskan fenomena apabila peminat suka akan lakonannya dengan pelakon jelita Mira Filzah menerusi drama “Lelaki Kiriman Tuhan” dan “Pujaan Hati Kanda” yang sekali lagi berjaya mendapat rating belasan juta tontonan.

Beralih ke telefilem pula, Remy telah membintangi lebih 50 buah telefilem sehingga kini. Antaranya ialah “Ku Pinang Kau Dengan Bismillah”, “Anak Aku Bukan Milik Aku”, “Takdir Cinta”, “Tercipta Untukku”, “Siapa Dia Sebenarnya” dan yang terbaru “Pujaan Hati Kanda Raya”.

Selain watak serius dan romantik, Remy juga berbakat dalam menjayakan genre komedi apabila pernah berlakon dalam telefilem 2010 berjudul “Sabar”.

Dalam telefilem itu, Remy mencuit hati penonton dengan wataknya sebagai Hussin Bangla yang mahir menjahit baju.

Pada April 2019, Remy telah melancarkan sebuah buku biografi bertajuk “Sedekad” yang memaparkan kisah serta liku-liku kehidupan Remy sebelum bergelar selebriti.

Kisah Remy terpaksa tidur di masjid

Antara kisah menarik, pada usia 18 tahun, Remy cuba nasib dengan mencari kerja di Kuala Lumpur dan terpaksa tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di Hotel Mandarin Oriental dengan bantuan dari rakannya.

Namun pekerjaannya sebagai pengemas bilik hotel tidak lama kerana diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi. Kemudian dia bekerja di sebuah keIab maIam sebagai pelayan tetapi nekad untuk berhenti kerana hatinya tidak tenteram.

Remy meneruskan kerja baru sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC dan berpeluang menjadi pelayan di hotel lima bintang. Pendapatannya semakin bertambah selepas diberi kepercayaan oleh pihak hotel untuk menjaga tetamu VIP.

Remy mengakui bahawa dia hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah menyimpan impian untuk menjadi pelakon terkenal.

Buku itu dilancarkan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37. Remy berasa teruja dan gembira dapat berkongsi segala jalan cerita hidupnya bersama para peminat.

Dalam buku tersebut, Remy telah mengungkapkan segala rasa dan perjalanan selama bergelar anak seni.

Bagaimanapun dia tidak berkongsi kisah peribadinya secara terperinci memandangkan dia bukan seorang yang bersikap terbuka berkenaan hal peribadi.

Remy berharap kisah yang dikongsinya dapat dijadikan inspirasi buat anak-anak muda mencapai impian yang diingini.

Ternyata Remy Ishak bukanlah calang-calang pelakon apabila dia telah menonjolkan bakat lakonan yang mantap.

Dia berkebolehan untuk menjayakan pelbagai jenis watak dalam segala naskhah yang dibintanginya dengan bersahaja.

Jika dilihat dalam industri lakonan tempatan, tidak semua pelakon ternama di Malaysia mampu menggalas pelbagai jenis watak dari pelbagai genre.

Mereka mempunyai keistimewaan dalam genre-genre tertentu sahaja. Jadi tidak hairanlah Remy sering diberi kepercayaan oleh pembikin filem untuk menjayakan naskhah hebat mereka.

Sumber:k0smo, wikipedia, iluminasi dan IG Aznil Hj Nawawi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://thebolalive.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.