“Dia r3bah pada solat sunat Isyak” – Bapa Sharifah Zarina M3ninggal Dunia Pda Malam Jumaat 27 Ramadan.

Penyanyi, Sharifah Zarina berkongsi khabar dvka selepas memaklumkan bapanya telah mengh3mbuskan nafasnya yang terakhir pada malam Khamis.

Khabar mendvkacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Zarina menerusi hantaran terkini di laman Instagram malam tadi.

Zarina yang tidak dapat menahan seb4k memberitahu, bapanya itu mening4l dunia ketika di masjid untuk menunaikan solat Isyak dan taraweh secara berjemaah.

Katanya lagi, arw4h dilaporkan rebah ketika sedang menunaikan solat sunat.

“Assalamualaikum, saya baru dapat khabar berita daripada Kuching, ayahanda saya, Wan Hasan Syed Jamil Alqadiri Aijilani telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi ketika berada di masjid sewaktu ingin menunaikan solat Isyak dan tarawih.

“Dia rebah pada solat sunat Isyak. Mohon kalian doakan untuk abah saya,” katanya di Instagram.

Dikesempatan itu juga, penyanyi lagu Langit Ke Tujuh ini juga berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa buat arw4h bapanya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut meluahkan rasa sebak selain turut memberikan kata-kata semangat buat Zarina.

“Takziah dik. Pem3rgian yang sangat indah. Di masjid, ketika solat, malam Jumaat, 27 Ramadan. Allahuakbar. Seperti gambaran arw4h merupakan insan terpilih,” balas pengacara, Datuk Aznil Haji Nawawi.

“Ayahanda dijemput pada malam 27 Ramadan. Dalam wudhu nak solat dalam masjid. Moga Allag tempatkan arw4h bersama para nabi dan solohin,” kata penyanyi, Salima Habibi.

“Takziah akak dan keluarga. Sabar ya,” kata penyanyi dan pengacara, Nadia Hasnan.

“Be strong dear,” balas penyanyi Noryn Aziz.

Apapun, kami di MH mendoakan semoga arwah bapa Zarina ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Semoga Zarina sekeluarga diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan berat ini.

Sumber: Kredit Video: Instagram Sharifah Zarina,MH

Leave a Reply

Your email address will not be published.