” Dia tak tahu ke ” – [VIDEO] Kotak Suara Ain Edruce Pecah, Kena Soal Dengan Janna Nick Buat Netizen Geram

Menerusi satu keratan klip yang dikongsikan di laman sosial mengenai sedutan di rancangan yang menarik perhatian ramai iaitu ‘ICSYV’ sekali lagi buat orang ramai terkejut dengan kelantangan suara seorang selebriti iaitu Janna Nick yang dikatakan memerli rakan artis beliau iaitu Ain Edruce ddi siara langsung baru baru ini.

Kenyataan beliau sedikit sebanyak membuatkan para peminat Ain Edruce mula bersuara di ruangan komen di aplikasi Tiktok dengan pelbagai hentaman dan serangan balas dan membuatkan hal ini dijadikan isu yang merumitkan.

Menerusi klip tersebut, Janna Nick dikatakan cuba melakukan lawak jenaka bersama Ain Edruce dengan menanyakan soalan yang dikatakan melanggar privasi seorang selebriti iaitu menanyakan kebolehan Ain Edruce dalam menyanyikan sebuah lagu.

Hal ini kerana Ain Edruce merupakan bekas pelajar aliran muzik dan semestinya mempunyai keupayaan dalam nyanyian. Ternyata, pertanyaan tersebut mengejutkan ramai pihak termasuk empunya diri kerana itu merupakan soalan yang begitu sensitif untuk beliau. Ain Edruce pernah menyatakan hal tersebut di YouTube milik beliau dengan menyatakan kotak suara beliau pecah suatu ketika dahulu dan sehingga kini beliau masih belum mempunyai keupayaan dalam segi nyanyian namun beliau yakin rezeki beliau kearah lakonan dan pengacaraan.

Video:

Menurut sumber juga, Janna Nick dikatakan sedikit berlagak setelah lagu terbaru beliau menjadi hangat di Malaysia sehigga ke luar negara. Namun kenyataan beliau itu sedikit sebanyak membuatkan riak wajah Ain Edruce berubah namun masih dilindungi oleh barisan panel artis yang lain di rancangan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video yang dikongsikan itu telah berjaya meraih 378.3K tontonan, 16.4K tanda suka dan pelbagai reaksi komen daripada netizen.

Komen netizen:
   

Sumber: sinetronmalaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.