
Selepas enam bulan berhijab penuh pelakon Nelydia Senrose membikin kejutan apabila dilihat membuka tudungnya ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Difahamkan, pelakon drama Khilaf Asmara itu kini sedang bercuti di pulau peranginan terkenal itu bersama ahli keluarga, termasuk suaminya, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid.
Menerusi beberapa keping gambar dan video yang dikongsikan sebuah akaun Instagram, Nelydia dilihat sedang bersantai dengan ahli keluarganya tanpa mengenakan tudung.

Terdahulu, Nelydia mula berhijab selepas pulang daripada mengerjakan umrah sekitar enam bulan lalu.
Malah, imej bertudung Nelydia mendapat pujian ramai, termasuk ketika dia bercuti di Timur Tengah baru-baru ini.
View this post on Instagram
Biarpun sudah mula berhijab, Nelydia enggan terlalu terburu-buru untuk memberi pengesahan bahawa telah bertudung sepenuhnya.
Akui Nelydia, dia sememangnya mahu ke arah itu (bertudung) tetapi tidak mahu bercakap lebih mengenainya.
Sebelum ini, kakaknya, aktres Uqasha Senrose menerima kecaman hebat apabila bertindak membuka tudung selepas tiga tahun berhijab.
Sumber: KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: https://www.utusan.rimbabara
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.