Ditυdυh Masih Inginkan Norman Hakim. Sekali Ini Respond Selamber Abby Abadi

Keakraban hubungan antara pelakon Abby Abadi dan bekas suami, Norman Hakim serta isterinya, Memey Suhaiza sering kali menjadi perhatian dan sebutan dalam kalangan pengikut mereka di media sosial.

Rata-rata, ramai memuji jalinan mesra yang terbina selepas masing-masing melupakan sengketa lama bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih.

Berpeluang menyambut Syawal bersama-sama, Abby menerusi sebuah coretan di Instagram menepis segala komen negatif yang mempertikaikan tindakannya yang seolah-olah tidak membataskan kemesraannya dengan keluarga baharu Norman.

Menerusi luahan yang diserta bersama sebuah video sambutan Aidilfitri baru-baru ini, pelakon yang terkenal dengan drama Gerak Khas itu berharap agar mana-mana individu yang memandang serong terhadapnya agar menggubah mentaliti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abby Abadi (@abbyabadi_official)

“Dalam pada kami berbaik-baik, Allah izinkan raya bersama, berkongsi apa adanya, hidup aman damai penuh kasih sayang Lillahi Taala.

“Ada juga yang kata jangan rapat sangat, tak elok, tak manis, kenapa mesti nak raya sama? Keluarga sendiri kan ada? Kenapa begitu, kenapa begini.

“Banyak pula persoalan ya? Baik pun dicari-cari pula salah. Bila berga.duh? Suka? Tambah ga.ram, tambah perisa supaya perang berpanjangan ya?,” tulis wanita itu.

Malahan, kata Abby lagi, tahun sebelum ini ada seorang artis yang turut mempersoalkan tin.da.kan.nya yang menyambut Aidilfitri bersama keluarga bekas suaminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abby Abadi (@abbyabadi_official)

“Hallu! Tak nampak ke dengan anak-anak sekali dengan pasangan kami tu? Kami memang duduk berdekatan sangat. Bertahun-tahun dan macam ni. Memang ke mana pun rancang sama-sama sebab anak-anak ramai, bincang supaya semua dapat bersama. Apa jadi masalah sangat tu?

“Lebih tra.gis ada ramai yang komen kata saya masih nak kan Norman. Aiyooo! Dah 14 tahun berlalu. Sudahlah tu. Mari sama-sama bersihkan hati. Doakan yang baik-baik untuk semua agar kita sentiasa hidup dalam redaNya,” katanya yang berharap agar mereka terus hidup sebagai satu keluarga sehingga ke syurga.

Sumber: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.