Dua Beradik Albino Miliki Kecantikan Luar Biasa – “Kini Jadi Model Rebutan”

Dua beradik albino menjadi tumpuan masyarakat apabila mereka sering berkongsi pelbagai koleksi foto di Instagram. Lebih menarik, mereka merupakan model terkenal di Kazakhstan. Kalau korang tak percaya, jom lihat koleksi foto mereka! Cantiknya!

Menerusi laporan Dailymail.co.uk, dua beradik albino ini dikenali sebagai Asel dan Kamila Kalahanova. Mereka berasal dari Kazakhstan dan di negara mereka albino merupakan sesuatu yang jarang berlaku. Menurut Asel yang berusia 14 tahun, masyarakat di negaranya sangat terkejut dan pelik dengan apa yang dialami olehnya dan adik. Malah, mereka tidak tahu apa-apa mengenai albino.

Di samping itu, sewaktu Asel dilahirkan, ibu dan doktor yang berada di hospital turut terkejut dan mengandaikan bapa mereka dari Rusia. Biarpun begitu, sewaktu usianya 10 tahun, Asel mula memasuki bidang peragaan dan menjadi model. Sehingga kini, dia menjadi rebutan syarikat di tempat asalnya. Nama Asel semakin dikenali ramai apabila adiknya iaitu Kamila turut menjadi model. Setakat ini, pengikut di Instagram mereka semakin bertambah dan mencecah 34k followers.

Sumber: Asel Kalaganova & Dailymail.co.uk ,OHBULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.