‘Dulu Nk Pakai Keta Apa, Sy Dapat. Rumah Smpai 2, 3 Buah’ – Luahɑn Faizal Ismail, Tiada Lagi Gaji Puluhan Ribu

” Saya pernah memiliki sampai dua, tiga buah rumah. Tapi bila nak tidur…”

Itu antara luahan bekas penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail yang mengakui dirinya juga semakin “tenang” walaupun dia hanya hidup serba sederhana kini.

Menurut Faizal, kepuasan yang bermakna adalah mendekati agama bukan lagi hidup dengan gaji mencecah puluhan ribu ringgit sebulan dan bukan diukur dengan material atau wang ringgit semata-mata.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama FBI itu menjelaskan, walaupun hanya menjana pendapatan melalui undangan forum di surau dan masjid, dia tetap bersyukur dan tidak lagi “meminta-meminta” seperti dulu.

Nak pakai kereta apa semua dapat

” Demi kekalkan istiqamah dengan Allah SWT saya fokus undangan sebagai moderator forum dan tetamu jemputan.

” Tiada lagi gaji puluhan ribu. Dulu nak pakai kereta apa, saya dapat.

” Wallahualam memang daripada segi wang tunai tak banyak macam dulu, tapi rezeki saya sekarang tak putus. Ia sedikit tapi berterusan. Daripada situ, saya dah tak meminta-minta.

” Bila letak agama di depan dan Allah dalam hati, insya-Allah, Dia akan jaga keperluan kita di dunia dan akhir4t,” katanya.

Tambahnya, disebabkan terlalu mengejar kemewahan di dunia dan memenuhi tuntutan kerjaya, dia sering tercicir hubungannya dengan Allah.

Katanya, dia juga disahkan oleh pengamal perub4tan alternatif mengalami ‘g4ngguan oleh sesuatu’.

” Bayangkan keperluan hidup saya seisi keluarga secara bulanan cecah belasan ribu.

” Sebulan saya kena jana pendapatan sekurang-kurang RM12,000 hingga ke RM14,000.

Miliki dua, tiga buah rumah

” Saya pernah memiliki sampai dua, tiga buah rumah. Tapi bila nak tidur tak boleh pejamkan mata, doktor juga sahkan tiada masalah dalam drrah atau j4ntung.

” Ustaz-ustaz yang mer4wat berkata ada sesuatu yang mengg4nggu, tapi sebelum ni saya tak boleh nak ded4hkan pada umum,” kongsinya.

Faizal berkata demikian ketika ditemui ketika ditemui pada pelancaran Umrah Syabibah Travel dan Tours bersama selebriti tanah air di sebuah restoran di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Selain Faizal, pakej umrah itu akan turut disertai pelakon seperti Saharul Ridzwan, Bell Ngasri, dan Zulin Aziz.

Kata Faizal, 45, pada awal penghijrahan, dia menerima cabaran besar daripada segi em0si malahan isterinya, Nor Azlina Ahmad Din pada ketika itu belum memahami dan menerima perubahan yang dilakukannya itu.

Bahkan menurutnya, Nor Azlina sering mempersoalkan perubahan yang dialaminya, namun situasi itu berubah selepas dia menjelaskan dengan mendalam usahanya ke arah kebaikan.

” Isteri hari-hari menghadap saya tanya itu ini. Tapi lepas dia perhatikan perubahan saya alami kerana keluar dengan tabligh, dia kata; ia adalah perubahan positif.

” Paling bernilai, isteri dan anak-anak turut mengikut jejak langkah saya mendalami agama. Ustaz pernah beritahu bukan mudah untuk saya terbang dengan dua sayap.

” Alhamdulillah, isteri saya semakin menerima dan dia juga sedang mengikuti jemaah tabligh wanita malahan anak-anak saya hari-hari pergi ke surau selain mereka dah boleh hafal surah-surah al-Quran,” katanya.

Menarik tentang Faizal Ismail

Kerjaya pertamanya menjadi penyampai radio Era dari 1998 hingga 2003.

Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk Halim Othman, Khairil Rashid, Linda Onn, Seelan Paul, Jamal Jamaluddin dan Kudsia Kahar.

Kemudian beliau menceburi radio di bawah Media Prima sebagai penyampai radio Hot FM pada tahun 2006 hingga 2013.

Faizal merupakan suara pertama dalam radio Hot FM bersama Fara Fauzana dalam rancangan pagi Hot FM iaitu Hot FM AM Krew.

Gandingan serasi mereka telah memberikan impak hebat di mana rancangan Hot FM AM Krew mencapai rating 3.8 juta pendengar purata mingguan sekali gus menjadikan rancangan ini sebagai rancangan terbaik radio.

Kemudian mereka berdua digandingkan dengan AG dan Usop Wilcha dan kemudiannya digandingkan bertiga semula, Faizal, Fara Fauzana dan AG Selamat.

Pada tahun 2013, Faizal Ismail telah menamatkan kerjaya penyampai radio di Hot FM.

Sejak 2017, beliau mengendalikan rancangan radio beliau di Facebook.

Kisah Faizal yang kembali kepada ‘fitrah’ menarik perhatian ramai apabila mendedahkan sebelum ini dia pernah rasa resah gelisah serta mengalami msaIah gngguan tidur dalam tempoh yang agak lama.

Lalu, dia cuba mencari jawapan dan penyelesaian sehingga bertemu dengan seorang ustaz.

” Saya bertemu jawapan bila ada salah seorang ustaz dia jemput saya untuk menyertai tabligh, ‘keluar’ tiga hari. Dalam masa tiga hari, saya seolah-olah dapat jawapan daripada Allah SWT,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:maIaysiakini via https://thebolalive.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.