Elite ‘Reunion’ Di Hari Raya, Abby Abadi Titip Nasihat Buat Sahabat – “Kita Usaha Perbaiki Diri, Dah Merasa Semua Kan?”

Pelakon, Abby Abadi menzahirkan rasa syukur selepas berkesempatan untuk berkumpul semula bersama seluruh anggota kumpulan wanita popular yang pernah dianggotainya satu ketika dahulu, Elite untuk sebuah program televisyen baru-baru ini.

Menurut Abby, kesemua mereka masih mempunyai perangai dan sikap yang sama seperti mana diawal perkenalan mereka sejak 27 tahun yang lalu.

Katanya lagi, pertemuan tersebut juga sarat dengan perkongsian kisah-kisah serta momen-momen lama sepanjang mereka bersama kumpulan tersebut.

“Alhamdullillah Elite. Dapat berkumpul bersama hari ini untuk program Nona (ulang tahun ke 38, TV3). Terima kasih kerana sudi jemput Elite. Amat kami hargai.

“Sedar tak sedar dah 27 tahun dah Elite rupanya ya. Syukur. Bila ditanya tentang kenangan-kenangan dulu, alahai, terkenang-kenang hehe.

“Perangai pun masih sama, ada sikit je berubahnya haha. Masih comel-comel semua hihi. Masih sihat, masih gigih bekerja, masih boleh bersembang dan beriang ria macam dulu kala ye,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Gerak Khas itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Abby turut menitipkan nasihat buat kesemua sahabat-sahabatnya itu untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.

“Apapun jangan lupa, berterima kasih pada ALLAH untuk umur yang panjang ini sahabat-sahabat. Kita sama-sama terus berusaha perbaiki diri ok sayang-sayangku semua.

“Dah merasa semua kan? Jadi serah diri pada ALLAH untuk masa depan yang lebih baik ya. Bukan hanya untuk dunia, tapi untuk akhirat juga. Love U All Lillahi Taala. Dunia wal Akh1rat,” kongsinya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abby Abadi (@abbyabadi_official)

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja dan berharap agar persahabatan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sekadar informasi, selain Abby, Elite juga turut dianggotai oleh Azza, Sasha Saidin, Watie Sadali dan Linda Rafar.

Elite memulakan debutnya didalam industri seni tanah air pada tahun 1995 sebelum menerbitkan album pertama mereka pada tahun 1996.

Antara lagu-lagu yang mencetuskan fenomena pada ketika itu adalah seperti G.I.G, Manisnya Senyumanmu, Tamp4ran Wanita dan banyak lagi.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: media hiburan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.