Ellie Suriaty, Azri Iskandar sah bercεrai… Tiada lagi keserasian selepas 19 tahun kahwin

IKATAN perkahwinan yang dibina pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty Omar berakhir apabila mereka sah ber.cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Ellie, 52, keputusan untuk berpisah itu terjadi kerana mereka sudah tiada lagi persefahaman selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan.

“Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.

“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya.

Ellie

Ellie dan Azri sah cerai.

“Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya seperti dilapor Getaran.

Untuk rekod, Azri Iskandar, 54, dan Ellie Suriaty mendirikan rumahtangga pada tahun 2003.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya iaitu Azrell, Nur Azreen, dan Nur Aliah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.mstar.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.