Founder Tunjuk Telekung Harga RM16K Cetus Rasa Kurang Senang Netizen

Baru-baru ini, tindakan seorang founder sebuah jenama terkenal menunjukkan telekung yang dimilikinya ini mencuri tumpuan ramai. Semuanya gara-gara harga telekung yang dibelinya itu dikatakan berharga RM16K sekaligus membuatkan ramai terkejut melihatnya.

Walaupun harganya yang begitu mahal untuk sepasang telekung, ia tidak menjadi masalah buat netizen memandangkan founder itu sendiri mempunyai perniagaan yang berjaya. Namun ramai yang tidak berpu4s h4ti apabila founder tersebut menayangkan harga telekung itu di media sosial.

@halizamaysuriSemuanya Allah yang bagi 💚♬ Bukan Aisyah bukan Siti Khodijah – Iren Lafebian

Menerusi video yang dikongsikan di akaunnya ini, wanita itu dilihat sedang memakai sepasang telekung berwarna hitam sambil berdiri di hadapan cermin. Di dalam kapsyen pada video itu, dia memberitahu harga bagi sepasang telekung itu adalah RM16,000.

Memang bukan biasa-biasa dan jika dilihat pada kain telekung itu juga kelihatan begitu mewah sekali sepadan dengan harganya. Malah founder itu juga turut memberitahu dengan telekung semahal itu, barulah dia tidak berasa bersalah lagi untuk memakai beg yang berharga belasan ribu selepas ini.

Meninjau di ruangan komen pula, kebanyakan netizen tidak bersetuju dengan cara founder itu menayangkan kemewahan itu ditambah pula dengan kapsyen yang diberikan. Dalam masa yang sama, netizen turut menasihatkan wanita itu untuk bersederhana sahaja dalam hal ini.

“Telekung murah takpe asal bersih dan allah terima ibadat kita.”

founder

“Sebetulnya tak perlu bagitau apa-apa pun.”

telekung

“Bukan nilai telekung yang Allah pandang…”

komen

“Tak salah, yang salah up kat media sosial.”

tik tok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:  https://himpunanceritalawak.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.