“Fungsi jɑntung tinggal 10 peratus, kita berserah sahajalah,” – Isteri Bob Lokman

Dari hujung talian terdengar sayup suara penulis lirik terkenal ini menjawab salam. Walaupun nadanya agak lemah, namun Bob Lokman tetap menggagahkan diri menjawab panggilan BH.

Berkongsi keadaan terkininya, dengan suara yang termengah-mengah, Bob memaklumkan kesihatannya kembali mer0sot apabila cepat l3tih dan tidak mampu untuk bergerak aktif seperti selalu.

“Sejak dua hari lalu, saya mudah p3nat. Hendak bern4fas pun tercung4p-cung4p. Disebabkan itu, saya perlu banyak berehat.

“Hari raya tempoh hari, saya banyak terbaring atas katil. Kalau hendak bangun pun, saya kena bergerak perlahan-lahan.

“Dari segi pemakanan, selera hendak makan itu ada tetapi kena kawal. Ini kerana proses penghadaman mengambil masa lama. Keadaan itu akan membuatkan saya berasa tidak selesa,” katanya.

Pada 2020, Bob atau nama sebenar, Mohd Hakim Lokman, 58, pernah menjalani pemb3dahan mem4sukkan al4t Impl4ntable Autom4tic Cardiov3rter Defibrill4tor (IACD) untuk menstabilkan d3nyutan j4ntung, di H0spit4l Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Biarpun sudah berapa kali dimasukkan ke hospit4l dan ditempatkan di unit raw4tan rapi (ICU) disebabkan s4kit j4ntung serta pelbagai komplikasi lain, penulis lirik Isabella dan Taman Rashidah Utama itu tetap bersemangat kental dan enggan menyerah k4lah.

“Walaupun dalam keadaan seperti ini, saya tidak akan putus asa. Saya akan terus berikhtiar mengubati peny4kit ini. Lagipun, apa pilihan yang saya ada. Selagi hidup, saya akan terus berjuang.

“Saya bersyukur kerana ada keluarga, isteri dan anak-anak yang tidak putus-putus memberi semangat dan sabar menj4ga saya.

“Tidak lupa juga kawan-kawan yang terus memberi sokongan moral dan material sepanjang berdepan ujian Allah ini.

“Kesudian mereka yang sanggup datang dari jauh semata-mata kerana mahu menziarah saya, amat dihargai,” katanya yang kini menatap di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam perkembangan berkaitan, Bob yang menjalankan perniagaan menjual serunding mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin kerana sudi menghulurkan sumbangan memudahkan urusan pembelian alat b4ntuan pern4fasan.

“Saya memang memerlukan m3sin bantu4n pernaf4san. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan isteri serta rakan industri termasuk Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) kerana sudi memberi sumbangan berbentuk wang untuk membeli m3sin itu.

“Alhamdulillah, dengan bantuan kawan-kawan dan individu lain yang tidak saya kenali, sumbangan dihulurkan amat saya hargai.

“Sumbangan mereka itu dapat juga digunakan untuk menampung serba sedikit kehidupan kami sekeluarga” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut keadaan kesihatan Bob, isterinya, Relawati Daud memberitahu, tahap penggunaan j4ntung Bob tinggal 10 peratus sahaja.

“Menurut doktor, tahap penggunaan j4ntung suami tinggal 10 peratus… Kita berserah sahajalah. Suami tidak boleh hendak bergerak aktif seperti sebelum ini… Kena banyak berehat.

“Kalau hendak pulih pun kena ambil masa dan perlu melalui pelbagai fasa. Kalau suami banyak bergerak, dia akan cepat l3tih.

“Selain perlu membuat raw4tan susulan di Hospit4l Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, suami juga kena makan ub4t. Rawat4n susulan berikutnya adalah akhir bulan depan,” katanya.

April lalu, Bob dimasukkan ke unit raw4tan rapi (ICU) Pusat Raw4tan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang kerana berhadapan mas4lah buah pingg4ng.

Aktif sejak 1988, Bob yang pernah menjadi hos Anugerah Industri Muzik (AIM), menghasilkan dua lirik lagu untuk Hattan iaitu Memburu Rindu dan Rendang Tidak Berbuah.

Komen netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: berita harian

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.