Hanya 5 Saat Tukar ‘Kostum’! Penampilan Siti Nurhaliza Di Pentas AME2021 Bt Netizen Teruja

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat perkongsian bersama pengikutnya di Instagram mengenai gimik persembahan di Anugerah MeleTOP Era (AME2021) malam tadi.

Siti atau lebih mesra dipangil TokTi menceritakan, beliau hanya mempunyai masa kurang daripada 5 saat sahaja untuk melakukan gimik tersebut.

Kongsinya, beliau masih menyimpan baju rekaan Rizman Ruzaini untuk digayakan sewaktu Anugerah MeleTop ERA yang pada awalnya dijadualkan beberapa bulan lalu.

“Kurang 5 saat saya kena lakukan sendiri perubahan ‘costume’ saya . Haa dalam hati kata Ok CT, CT boleh lakukan!

Anugerah Meletop Era pada awalnya dijadualkan beberapa bulan lalu, apabila ditangguhkan, saya masih menyimpan baju rekaan @rizmanruzaini kerana baju dibuat mengikut gimik yang saya mahu persembahkan.”-Kongsi TokTi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Seloroh Masih Muat Gayakan Dress Rizman Ruzaini

Tokti sempat berseloroh dirinya bernasib baik kerana masih muat menggayakan dress rekaan Rizman Ruzaini itu walaupun setiap hari mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri.

“Apabila Anugerah Meletop Era mendapat tarikh baru, saya masih mengekalkan konsep persembahan dan baju yang akan digayakan.

Nasib baik masih muat lagi walaupun hari-hari ke rumah terbuka raya, makan macam-macam.”-Seloroh TokTi

Persalinan TokTi Dipuji Netizen

Tinjauan Murai MY di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat persalinan yang digayakan oleh TokTi malah ada yang menyamakan TokTi seperti living barbie doll.

“Dah macam living barbie doll laa kak iti aduhaii kenapa cantik sangat!!!.”

“Macam 29 je looks ni.”

“Yang penting tudung tokti, onpoint.”

“MasyaAllah beautiful dress looks so beautiful Siti.”

Sekadar info, penyanyi tersohor negara itu memberikan persembahan istimewa dengan nyanyian berjudul Kuasa Cintamu sewaktu malam anugerah gilang gemilang tersebut berlangsung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://murai.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.