“Hanya dpt satu ‘job’ sejak 2020, trpaksa keluar KWSP,”– Ali Puteh Dedah Sesuatu Yg Ramai Tk Tahu

Pelakon dan pelawak, Ali Puteh mendedahkan dia hanya mendapat satu tawaran dengan bayaran sebanyak RM300 sehingga terpaksa menggunakan wang simpanan dalam tempoh dua tahun ini.

Menurut laporan Harian Metro, Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, bayaran itu diterima ketika menjayakan program mengaji Al-Quran pada Ramadan lalu.

“Dua tahun lebih tak ada ‘job’ (tawaran kerja). Untuk program Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega di Astro itu lain sebab komuniti pelawak kecil.

“Tapi, untuk tawaran lain seperti lakonan, pengacaraan dan sebagainya, memang tak ada langsung.

“Dua tahun saya gunakan duit yang saya ada untuk bertahan dan kami berjimat cermat. Saya ada isteri dan anak yang perlu dibesarkan dan setakat ini…

“…masih diberikan kelengkapan yang mencukupi bagi membesarkan mereka,” katanya yang juga adik kepada Allahyarham Abam Bocey.

Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa membuat pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 sebagai modal perniagaan bagi meneruskan kehidupan.

“Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya.

“Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri). ob, https://www.utusan.rimbabara.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.